NATIONAL
Gempa bumi magnitud 6.2 landa Laut Maluku

Gempa bumi tersebut berlaku pada jam 5:03 pagi dengan kekuatan magnitud 6.2 pada skala Richter.
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat telah berlaku di kawasan utara Laut Maluku pada awal pagi Khamis.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi tersebut berlaku pada jam 5:03 pagi dengan kekuatan magnitud 6.2 pada skala Richter.
"Pusat gempa bumi itu dikesan dengan kedalaman 10 kilometer. Gempa bumi tersebut berada pada jarak kira-kira 160 kilometer di Barat Laut dari Ternate, Indonesia.
"Bagaimanapun, MetMalaysia mengesahkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami