awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi: MERCY Malaysia gerak bantuan ke Myanmar

Astro Awani
Astro Awani
29/03/2025
09:30 MYT
Gempa bumi: MERCY Malaysia gerak bantuan ke Myanmar
MERCY Malaysia bersama rakan kerjasama lain menggerakkan bantuan ke Myanmar susulan bencana gempa bumi yang melanda di negara itu.
KUALA LUMPUR: MERCY Malaysia bersama rakan kerjasama lain menggerakkan bantuan ke Myanmar susulan bencana gempa bumi yang melanda di negara itu.
Presiden MERCY Malaysia, Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata, pasukan penilaian pertama terdiri daripada tiga anggota, iaitu doktor, pegawai logistik dan pegawai penilai.
Selain itu, dua pasukan perubatan dari Myanmar juga telah bersiap sedia untuk digerakkan.
"Memandangkan MERCY Malaysia telah beroperasi di Myanmar sejak 2012, pasukan pertama sudah pun berada di sana dan kini bergerak ke kawasan terjejas.
"Sejak malam tadi, pihak berkuasa Myanmar telah secara rasmi meminta bantuan asing. Sehubungan itu, MERCY Malaysia dan Pasukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kini sedang bersiap sedia untuk dihantar.
"Bagaimanapun pasukan dari Malaysia masih menunggu kelulusan perjalanan serta penyelesaian beberapa isu logistik sebelum dapat berlepas ke Myanmar," katanya.
Menurut beliau, bantuan kemanusiaan ke Myanmar perlu digerakkan serta-merta susulan kelulusan rasmi yang diberikan semalam.
"Pasukan MERCY Malaysia sepatutnya dapat bergerak lebih awal, namun situasi peperangan sedia ada di negara itu menyebabkan sedikit kelewatan.
"Pasukan yang telah berada di Myanmar telah pun bergerak sejak semalam bagi menjalankan penilaian awal dan menghulurkan bantuan. Pada masa yang sama, pihak Bulan Sabit Merah juga telah menggerakkan pasukan mereka," ujarnya lagi.
Tambahannya, berdasarkan pengalaman terdahulu, tindakan pantas amat diperlukan dalam menangani bencana berskala besar, terutamanya di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi seperti yang terjejas dalam gempa bumi kali ini.
Topic Berkaitan
#MERCY
#Myanmar
#gempa bumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan