Gempa bumi Nepal: Saya nampak batu berterbangan ke arah orang ramai - Azim

Astro Awani
April 25, 2015 12:40 MYT
AZIM: Gempa bumi Nepal: Saya nampak batu berterbangan ke arah orang ramai - Gambar fail
"Keadaan di Nepal selepas dilanda gempa bumi disifatkan masih terkawal."
Itu penjelasan seorang pendaki negara yang berada di Nepal, Azim Afif berkata, pasukan penyelamat di Kem Everest masih dalam usaha mencari mangsa yang hilang.
"Keadaan masih terkawal, semuanya anggota keselamatan sedang mengeluarkan mayat-mayat dan mangsa hilang di kawasan mereka.
"Ketika kejadian, saya berada di Malaysia Hall dan merasakan gegaran kuat selain mendengar bunyi angin yang sangat kuat," katanya ketika dihubungi dalam Awani 7.45 di sini malam ini.
FOTO: Ratusan maut dalam gempa bumi di Nepal
BACA: Angka korban akibat gempa bumi Nepal mencecah ratusan nyawa
Sehingga petang Sabtu, jurucakap kerajaan Nepal Laxmi Prasad Dhakal dari Kementerian Dalam Negeri memaklumkan, angka korban akibat kejadian gempa bumi kuat di Nepal dijangka terus meningkat dengan angka terbaru dilaporkan mencecah 688 nyawa.
Azim memaklumkan dia dan empat pendaki lain berada dalam keadaan selamat - Foto Azim Afif
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Othman Hashim berkata, Kedutaan Malaysia di Kathmandu sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa tempatan di Nepal sama ada terdapat rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi yang melanda negara itu hari ini.
Keadaan khemah pendaki di Nepal - Foto Azim Afif
Jelasnya, pihak kedutaan akan berusaha memeriksa semua hospital, klinik dan rumah perlindungan selain mendapatkan maklumat dengan pihak berkaitan bagi memastikan jika ada warga Malaysia yang menjadi mangsa.
#Azim #Everest #Nepal