MALAYSIA
Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Tanimbar, tiada ancaman tsunami — MetMalaysia
Gempa tersebut berlaku pada koordinat 7.3° Selatan dan 130.0° Timur, dengan kedalaman 140 kilometer. - MetMalaysia
KUALA LUMPUR : Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 direkodkan berlaku di Rantau Kepulauan Tanimbar, Indonesia pada jam 4.32 petang hari ini, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Gempa tersebut berlaku pada koordinat 7.3° Selatan dan 130.0° Timur, dengan kedalaman 140 kilometer.
MetMalaysia memaklumkan, pusat gempa terletak kira-kira 453 kilometer tenggara Ambon, Indonesia.
Bagaimanapun, agensi itu mengesahkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut.
MetMalaysia akan terus memantau perkembangan dan mengeluarkan maklumat tambahan sekiranya terdapat perubahan.