MALAYSIA
Gempa bumi Segamat: Dua stesen seismik dijangka dibina
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat, Mohd Ezzuddin Sanusi memberi penerangan berhubung gempa bumi kepada komuniti yang hadir. - Foto Bernama
SEGAMAT: Dua stesen seismik dilengkapi alat seismometer dijangka dibina di Segamat bagi memantau aktiviti gempa bumi berikutan kejadian gegaran lemah yang melanda daerah itu bulan lepas.
Ringkasan AI
Pegawai Daerah Segamat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Segamat Mohd Ezzuddin Sanusi berkata permohonan pembinaan stesen berkenaan telah dikemukakan kepada kerajaan negeri dan Persekutuan memandangkan ketika ini tiada stesen seismik beroperasi di daerah itu.
"JPBD Segamat telah hantar permohonan untuk pembinaan stesen ini kepada kerajaan pusat dan negeri. Stesen seismik yang dicadangkan akan dilengkapi alat seismometer jenis pergerakan kecil dan lokasi sesuai akan dipilih jauh daripada gangguan aktiviti manusia seperti jalan raya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat pada Program Pengurusan Risiko Bencana Gempa Bumi Bersama Pemimpin Komuniti Daerah Segamat 2025 di Dewan Serbaguna Segamat, hari ini.
Mohd Ezzuddin stesen berkenaan akan dibangunkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan lokasi bagi pembinaan masih dalam penelitian dan perbincangan bersama agensi berkenaan termasuk Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).
Setakat ini terdapat 80 stesen seismik di seluruh negara termasuk enam di Johor iaitu dua di Johor Bahru, manakala masing-masing satu di Kluang, Batu Pahat, Mersing dan Kota Tinggi.
Dalam perkembangan lain, Mohd Ezzuddin memaklumkan 62 laporan kerosakan kecil pada rumah penduduk diterima susulan kejadian gempa bumi di daerah itu setakat ini.
"Secara keseluruhan, kita menerima 64 makluman mengenai kerosakan kecil termasuk dua di surau, namun tiada laporan kerosakan serius melibatkan premis berkenaan. Semua kerosakan adalah kecil seperti retakan pada dinding dan siling yang tidak menjejaskan struktur bangunan," katanya.
Turut hadir pada program itu Pengarah Kanan Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Maqrun Fadzli Mohd Fahmi, Ketua Pengarah JMG Datuk Zamri Ramli, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Abdul Halim Hamzah dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor Datuk Ismail Abu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Dua stesen seismik akan dibina di Segamat bagi memantau aktiviti gempa bumi susulan gegaran lemah yang berlaku bulan lalu, dengan permohonan telah dikemukakan kepada kerajaan negeri dan Persekutuan.
- Stesen akan dilengkapi alat seismometer dan dibangunkan oleh MetMalaysia, dengan lokasi dipilih jauh daripada gangguan aktiviti manusia seperti jalan raya.
- Sebanyak 64 laporan kerosakan kecil diterima, termasuk pada rumah dan surau, namun tiada kerosakan serius dilaporkan akibat gegaran tersebut.