MALAYSIA
Gempa bumi Segamat: JMG laksana analisis terperinci kenal pasti punca rekahan tanah
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Johor Noorazhar Ngatimin ketika ditemui di sini hari ini. - Foto Bernama
SEGAMAT: Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Johor tidak menafikan gegaran yang berlaku di Segamat baru-baru ini berkemungkinan menjadi antara faktor kemunculan rekahan tanah di beberapa lokasi di daerah ini.
Ringkasan AI
Bagaimanapun, Pengarah JMG Johor Noorazhar Ngatimin berkata analisis lebih terperinci perlu dijalankan sebelum sebarang kesimpulan dibuat.
Beliau berkata pemeriksaan awal menggunakan peralatan geofizik jenis resistiviti setakat ini hanya mampu memberikan gambaran asas mengenai keadaan bawah permukaan tanah, khususnya dalam menentukan ketebalan dan jenis tanah serta mengesan struktur retakan atau rekahan, namun tidak dapat menentukan masa pembentukannya.
"Data awal yang diperoleh daripada kajian resistiviti yang dilakukan masih terlalu asas. Kita perlu lakukan analisis lanjut dengan cerapan data yang lebih banyak, kawasan diliputi lebih luas dan dalam jurus berbeza.
"Kajian lain seperti penentuan kekuatan gegaran akan membantu menentukan punca gegaran yang berlaku," katanya ketika ditemui Bernama selepas melakukan lawatan ke rumah seorang penduduk, Ramlah Ishak, 56, di Jalan Buloh Kasap, Batu 2, di sini.
Ramlah sebelum ini melaporkan kebimbangan terhadap kemunculan rekahan tanah di kawasan kebun di belakang rumahnya selepas gegaran pada 7.29 pagi semalam.
Dia turut mendakwa kawasan rumahnya terkesan setiap kali gegaran berlaku di daerah ini sejak insiden gempa bumi pertama direkodkan pada 24 Ogos lepas.
Menurut Noorazhar, keadaan cuaca yang kering sekarang turut menyumbang kepada kejadian rekahan tanah termasuk geologi yang mendasari kawasan juga perlu diambil perhatian dalam menentukan punca kesan rekahan yang berlaku.
"Rekahan boleh berlaku akibat perubahan cuaca, akibat pengecutan tanah ketika musim kering. Jadi, kita tidak boleh hanya kaitkan dengan gegaran semata-mata. Semua faktor ini perlu diselidik bersama," katanya.
Beliau berkata pihaknya bercadang membawa pasukan teknikal bagi menjalankan kajian lebih mendalam, termasuk menggunakan peralatan tambahan daripada universiti tempatan bagi melengkapkan data sedia ada.
Noorazhar berkata hasil kajian itu kelak akan menjadi asas untuk menilai sama ada peta geologi sedia ada, khususnya peta seismik perlu dikemas kini, memandangkan kawasan Segamat kini menunjukkan telah berlaku pengaktifan semula sesar kuno yang berada di sekitarnya.
"Bagaimanapun, kawasan ini masih selamat untuk didiami. Magnitud yang dicerap oleh MetMalaysia menunjukkan Segamat masih berada di zon magnitud lemah yang tidak membahayakan kehidupan," katanya.
Terdahulu, sekumpulan penyelidik termasuk daripada JMG Johor, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dilihat berada di lokasi selama lebih sejam bagi menjalankan siasatan awal berhubung aduan penduduk berkenaan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- JMG Johor tidak menolak gegaran di Segamat sebagai faktor rekahan tanah, namun analisis terperinci diperlukan kerana data awal kajian resistiviti masih asas.
- Faktor lain seperti cuaca kering dan geologi kawasan juga berpotensi menyumbang kepada rekahan, justeru kajian lanjutan dengan peralatan tambahan akan dijalankan.
- Kawasan Segamat disahkan masih selamat didiami kerana gegaran berada pada zon magnitud lemah, tetapi peta seismik mungkin dikemas kini jika pengaktifan semula sesar kuno disahkan.