MALAYSIA
Gempa bumi Segamat: Johor gerak pemantauan segera terhadap fasiliti utama - Exco
Mohamad Fazli menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati, mengelakkan diri daripada berada di kawasan atau bangunan tinggi buat sementara waktu. - Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor menggerakkan pemantauan segera terhadap semua fasiliti utama termasuk jambatan, jalan raya dan empangan susulan gempa bumi lemah yang berlaku di Segamat pagi ini.
Ringkasan AI
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata langkah itu susulan gempa bumi lemah berukuran 3.2 magnitud berlaku pada 8.59 pagi tadi di Segamat, dengan gegaran dilapor dirasai di beberapa kawasan di Johor serta selatan Pahang.
"Kerajaan negeri melalui agensi teknikal seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) akan terus memantau keadaan jambatan, jalan raya, empangan serta fasiliti utama bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan selamat dan baik.
"Pihak Petronas juga akan menghantar laporan keadaan aset dan fasiliti mereka di dalam radius terlibat. Sama-sama kita berdoa agar kita semua sentiasa dilindungi daripada sebarang musibah," katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati, mengelakkan diri daripada berada di kawasan atau bangunan tinggi buat sementara waktu serta sentiasa peka terhadap sebarang arahan pihak berkuasa kerana keselamatan keluarga dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan.
MetMalaysia hari ini mengesahkan gempa bumi lemah berukuran 3.2 magnitud berlaku pada 8.59 pagi tadi di Segamat, dengan gegaran dilapor dirasai di beberapa kawasan di negeri itu serta selatan Pahang.
Pada 24 Ogos lepas, MetMalaysia mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di daerah sama pada 6.13 pagi dengan kekuatan magnitud 4.1 disusuli gegaran kedua pada 9 pagi di Yong Peng, 28 km barat laut Kluang dengan magnitud 2.8 pada kedalaman 10 km.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 berlaku di Segamat, Johor pada 8.59 pagi dan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Johor serta selatan Pahang.
- Kerajaan Johor aktifkan pemantauan segera terhadap fasiliti utama seperti jambatan, jalan raya dan empangan melalui agensi teknikal termasuk JKR, JPS dan BAKAJ.
- Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan peka terhadap arahan pihak berkuasa, serta elakkan berada di kawasan atau bangunan tinggi buat sementara waktu demi keselamatan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata langkah itu susulan gempa bumi lemah berukuran 3.2 magnitud berlaku pada 8.59 pagi tadi di Segamat, dengan gegaran dilapor dirasai di beberapa kawasan di Johor serta selatan Pahang.
"Kerajaan negeri melalui agensi teknikal seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) akan terus memantau keadaan jambatan, jalan raya, empangan serta fasiliti utama bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan selamat dan baik.
"Pihak Petronas juga akan menghantar laporan keadaan aset dan fasiliti mereka di dalam radius terlibat. Sama-sama kita berdoa agar kita semua sentiasa dilindungi daripada sebarang musibah," katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati, mengelakkan diri daripada berada di kawasan atau bangunan tinggi buat sementara waktu serta sentiasa peka terhadap sebarang arahan pihak berkuasa kerana keselamatan keluarga dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan.
MetMalaysia hari ini mengesahkan gempa bumi lemah berukuran 3.2 magnitud berlaku pada 8.59 pagi tadi di Segamat, dengan gegaran dilapor dirasai di beberapa kawasan di negeri itu serta selatan Pahang.
Pada 24 Ogos lepas, MetMalaysia mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di daerah sama pada 6.13 pagi dengan kekuatan magnitud 4.1 disusuli gegaran kedua pada 9 pagi di Yong Peng, 28 km barat laut Kluang dengan magnitud 2.8 pada kedalaman 10 km.
-- BERNAMA

#gempa bumi Segamat
#pemantauan segera
#fasiliti utama
#EXCO Johor
#Mohamad Fazli Mohamad Salleh
#terkini