MALAYSIA
Gempa bumi Segamat: Kos baik pulih setengah juta ringgit - Ahmad Maslan
Ahmad Maslan (kanan) mempengerusikan Taklimat Bencana Gempa Bumi Daerah Segamat di Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Segamat hari ini. - Foto Bernama
SEGAMAT: Sebanyak 15 bangunan kerajaan dikenal pasti mengalami kerosakan kecil dengan anggaran kos baik pulih berjumlah RM550,500, susulan gempa bumi lemah yang melanda daerah itu bermula 24 hingga 30 Ogos lepas.
Ringkasan AI
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata laporan itu hasil pemeriksaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Segamat setakat 3 Sept lepas ke atas bangunan melibatkan Hospital Segamat, Klinik Kesihatan Bandar Putra, Kolej Komuniti Segamat, Pejabat Kadi Daerah, sekolah-sekolah dan kuarters kerajaan.
"Kebanyakannya adalah keretakan sedia ada yang mengalami pertambahan kuantiti retak susulan gegaran gempa, kerosakan berimpak kecil dan tidak menjejaskan integriti struktur bangunan.
"Bangunan ini juga masih selamat digunakan dan tidak menimbulkan risiko keselamatan kepada pengguna dan pengguna bangunan juga telah diingatkan untuk sentiasa memantau keadaan sekeliling dan melaporkan kepada JKR sekiranya ada penemuan baharu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mendengar taklimat berkaitan bencana itu dan melawat bangunan kerajaan yang mengalami kerosakan susulan gempa tersebut.
Ahmad berkata kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan dengan peruntukan daripada kementerian yang terlibat dan JKR memberikan sokongan teknikal bagi memastikan proses itu berjalan lancar.
"Bilik Gerakan Bencana JKR juga telah diaktifkan serta-merta bagi memantau situasi 24 jam sehari semenjak gempa pertama dilaporkan pada 24 Ogos lepas.
"JKR Segamat ketika ini sedang memperincikan laporan serta cadangan kerja pembaikan di samping meneruskan pemantauan rapi terhadap aset jalan dan jambatan," katanya.
Selain bangunan, pemeriksaan mendapati tiada kerosakan dilaporkan pada aset jalan dan jambatan hasil pemantauan terhadap 325 kilometer jalan Persekutuan, 242.11 kilometer jalan negeri serta 71 jambatan dan jejantas dalam radius gempa bumi, katanya.
Ahmad berkata faktor seismik telah diambil kira dalam reka bentuk bangunan kerajaan dan jambatan sejak penguatkuasaan MS EN 1998 National Annex pada September 2017.
"Bangunan dan jambatan baharu di bawah Rancangan Malaysia ke-12 dibina menggunakan bahan berkualiti tinggi serta direka bentuk mengikut tahap kegempaan di lokasi masing-masing," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata Pejabat Daerah Segamat juga menerima 62 laporan kerosakan kecil pada kediaman persendirian dan dua surau susulan gegaran lemah berkenaan namun anggaran kerugian masih belum diperincikan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- 15 bangunan kerajaan di Segamat mengalami kerosakan kecil akibat gempa bumi lemah antara 24 hingga 30 Ogos, dengan anggaran kos baik pulih RM550,500.
- Bangunan masih selamat digunakan, dan kerja pembaikan akan dilaksanakan dengan sokongan teknikal JKR serta pemantauan berterusan terhadap aset jalan dan jambatan.
- 62 kediaman persendirian dan dua surau turut dilaporkan mengalami kerosakan kecil, namun anggaran kerugian masih belum diperincikan.