MALAYSIA
Gempa bumi Segamat: Penyelidik lakukan siasatan awal rekahan di tanah kebun
Dr Mohd Nur Asmawisham melihat keadaan struktur di bawah tanah di lokasi rekahan tanah kebun milik seorang penduduk di Jalan Buloh Kasap, Batu 2, di Segamat, hari ini. - Foto Bernama
SEGAMAT: Sekumpulan penyelidik menjalankan siasatan awal hari ini, susulan kemunculan rekahan tanah di kebun milik seorang penduduk di Jalan Buloh Kasap, Batu 2, di sini.
Ringkasan AI
Kumpulan penyelidik termasuk daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Johor, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dilihat berada di lokasi selama lebih sejam.
Tinjauan Bernama mendapati kumpulan penyelidik juga menggunakan peralatan teknologi ABEM Terrameter LS 2, iaitu sistem rintangan untuk memetakan keadaan struktur bawah tanah.
Turut berada di lapangan ialah Pengarah JMG Johor Noorazhar Ngatimin, Pengarah MetMalaysia negeri Nor Adawiah Abdullah dan Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Awam UTM, iaitu Dr Mohd Nur Asmawisham Alel, Prof Madya Dr Mariyana Aida Ab Kadir dan Dr Mohd Zamri Ramli.
Difahamkan, dapatan awal itu akan dianalisis terlebih dahulu oleh pihak berkaitan sebelum kesimpulan dibuat.
Sementara itu, Ramlah Ishak, 56, yang menetap di situ lega kerana kebimbangannya selepas menemukan rekahan itu mendapat perhatian kerajaan negeri dan kumpulan penyelidik berkenaan.
Ramlah yang mempunyai pengalaman 20 tahun sebagai pelukis pelan percaya pihak terlibat memiliki kepakaran untuk mengenal pasti punca sebenar rekahan berlaku.
"Saya mengalu-alukan kedatangan penyelidik kerana penting untuk tujuan keselamatan," katanya.
Semalam, Bernama melaporkan kemunculan rekahan tanah di kawasan kebun di belakang rumah wanita itu, dipercayai kesan sampingan gegaran gempa bumi.
Ramlah yang bimbang dengan rekahan yang semakin membesar sekiranya gegaran berlaku lagi, memohon agensi berkaitan mengambil tindakan lanjut untuk membuat penilaian.
Lima gegaran direkodkan di Segamat bermula dengan kejadian pertama pada 6.13 pagi, 24 Ogos lepas dengan magnitud 4.1; 8.59 pagi, Rabu (3.2); 7.56 malam, Khamis (2.5); 4.24 pagi, Jumaat (3.4) dan 7.29 pagi semalam (2.7).
Pada 24 Ogos, satu gegaran turut direkodkan di Yong Peng, 28 kilometer Barat Laut Kluang dengan magnitud 2.8.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Penyelidik JMG, MetMalaysia dan UTM jalankan siasatan awal terhadap rekahan tanah di kebun Jalan Buloh Kasap, Segamat, menggunakan teknologi ABEM Terrameter LS 2 untuk memetakan struktur bawah tanah.
- Rekahan dipercayai berkait dengan lima gegaran gempa bumi yang direkodkan di Segamat sejak 24 Ogos, dengan magnitud antara 2.5 hingga 4.1, serta satu gegaran di Yong Peng.
- Penduduk terlibat lega isu ini mendapat perhatian pihak berkuasa dan berharap punca sebenar dikenal pasti demi keselamatan.