MALAYSIA
Gempa bumi Segamat: Petronas Gas sahkan tiada kesan ke atas operasi paip gas

Petronas Gas memaklumkan pemeriksaan di stesen dan laluan paip serta pemantauan melalui sistem SCADA tidak mengesan sebarang gangguan atau kelainan.
KUALA LUMPUR: Petronas Gas Bhd (PGB) mengesahkan semua infrastruktur dan kemudahan saluran paip gas di kawasan yang dilanda gempa bumi kecil berhampiran Segamat, Johor awal pagi tadi kekal selamat sepenuhnya dan beroperasi seperti biasa.
Ringkasan AI
- Petronas Gas Bhd (PGB) sahkan semua kemudahan saluran paip gas di Segamat kekal selamat dan beroperasi seperti biasa selepas gempa bumi lemah.
- Pemeriksaan di stesen dan laluan paip serta pemantauan melalui sistem SCADA tidak mengesan sebarang gangguan atau kelainan.
- PGB terus berkomunikasi dengan pihak berkuasa dan MetMalaysia serta bersedia bertindak jika keadaan berubah.
Sehubungan itu, tiada sebarang kelainan atau gangguan dikesan katanya.
"Pemantauan secara langsung melalui sistem kawalan penyeliaan dan pemerolehan data (Scada) kami juga mengesahkan tahap tekanan dan parameter operasi kekal stabil," katanya.
PGB berkata pihaknya mengekalkan komunikasi aktif dengan pihak-pihak berkuasa tempatan yang berkaitan dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi mendapatkan maklumat terkini secara berterusan.
"Kami akan terus mengutamakan keselamatan orang awam dan operasi kami sambil melaksanakan pemantauan yang rapi dan bersiap sedia untuk bertindak sekiranya keadaan berubah," tambahnya.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata berlakunya gegaran gempa bumi lemah bermagnitud 4.1 di Segamat, Johor pada 6.13 pagi tadi dan turut dirasai penduduk di Melaka, Negeri Sembilan dan selatan Pahang.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami