MALAYSIA
Gempa bumi Segamat: Tiada gangguan telekomunikasi - Teo
Teo bercakap kepada media selepas Majlis Serahan Sumbangan Murid Cemerlang SPM, STPM dan pelajar IPTA serta IPTS di Bandar Putra Kulai, hari ini. - Foto Bernama
KULAI: Tiada sebarang aduan berkaitan gangguan telekomunikasi diterima setakat ini susulan gempa bumi lemah di Segamat pagi tadi, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Ringkasan AI
Beliau berkata bagaimanapun pemantauan berterusan akan dilakukan pihaknya di kawasan terlibat.
"Sekarang kita (Kementerian Komunikasi) memang tidak terima apa-apa aduan (atau laporan) tentang gangguan perkhidmatan telekomunikasi, tetapi (berhubung perkara ini) kita akan terus memantau (di kawasan terlibat)," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Program Skills For Life dan Majlis Serahan Sumbangan Murid Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2024 serta Serahan Sumbangan Pendidikan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta Parlimen Kulai di sini hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di Segamat pada 6.13 pagi tadi dengan kekuatan magnitud 4.1.
Dalam pada itu, Teo berkata pembangunan sistem notis amaran bencana oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan dimasukkan dalam Belanjawan 2026.
"Sistem ini boleh menghantar notifikasi untuk semua bencana alam. Jadi tentu saja ini (usaha membangunkan sistem) akan dimasukkan dalam belanjawan (Belanjawan 2026) nanti," katanya.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil sebelum ini dipetik berkata MCMC sedang menyiapkan sistem yang boleh menghantar notis amaran terus ke telefon pintar orang ramai sebagai persiapan menghadapi bencana.
Fahmi berkata notis terbabit boleh disampaikan terus kepada telefon pintar di satu kawasan tanpa perlu menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS).
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Tiada aduan diterima setakat ini, namun Kementerian Komunikasi akan terus memantau kawasan terlibat.
- Sistem amaran bencana akan dibangunkan MCMC merancang sistem notifikasi bencana yang akan dihantar terus ke telefon pintar tanpa guna SMS, dan akan dimasukkan dalam Belanjawan 2026.
- Program pendidikan dan sumbangan diteruskan Teo Nie Ching merasmikan program Skills For Life serta menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang dan pelajar IPT di Parlimen Kulai.