awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU terima undangan sertai "Lembaga Keamanan" Gaza
Pelantikan Ahli Lembaga MMM bantu perkukuh kewartawanan beretika - KPE Bernama
Singapura buka konsulat di Sarawak, Sabah tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Segamat: Wanita gusar rekahan tanah di kawasan kebun

Bernama
Bernama
30/08/2025
07:10 MYT
Gempa bumi Segamat: Wanita gusar rekahan tanah di kawasan kebun
Ramlah berkata kejadian itu dilihat semakin membimbangkan memandangkan kawasannya terkesan dengan semua insiden gegaran di daerah itu. - Gambar/ Bernama
SEGAMAT: Kemunculan rekahan tanah di kawasan kebun di bahagian belakang rumah yang dipercayai berpunca daripada gegaran gempa bumi menimbulkan kebimbangan seorang penduduk di Jalan Buloh Kasap, Batu 2 di sini.

Ringkasan AI
  • Seorang penduduk di Jalan Buloh Kasap, Ramlah Ishak, melaporkan kemunculan rekahan tanah di kawasan kebun belakang rumahnya yang semakin ketara selepas beberapa gegaran gempa bumi berlaku dalam seminggu.
  • Ramlah, yang berpengalaman sebagai pelukis pelan, berharap tiada lagi gegaran berlaku dan menggesa agensi berkaitan melakukan penilaian lanjut sekiranya rekahan semakin membesar demi keselamatan penduduk.
  • Setakat ini, lima gegaran telah direkodkan di Segamat sejak 24 Ogos, dengan gegaran terbaru berukuran 2.7 skala Richter turut dirasai kuat meskipun berskala rendah.

Ramlah Ishak, 56, berkata kejadian itu dilihat semakin membimbangkan memandangkan kawasannya terkesan dengan semua insiden gegaran di daerah itu, termasuk yang terbaharu pada 7.29 pagi tadi.
"Pada dua minggu lepas saya nampak ada garis biasa dan kecil di tanah itu mungkin sebab cuaca panas.
"Tetapi apabila gegaran berlaku dalam seminggu ini saya lihat ada rekahan yang semakin ketara, posisinya pula di tengah-tengah laluan kebun dan ada sedikit di bahagian tepi. Ini yang buat saya rasa tidak sedap hati," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Beliau yang mempunyai pengalaman 20 tahun sebagai pelukis pelan berharap tiada lagi gempa bumi susulan berlaku kerana khuatir keselamatannya.
"Jika berlaku lagi dan rekahan semakin besar, saya rasa agensi berkaitan harus mengambil tindakan lanjut untuk membuat penilaian dan sebagainya," katanya.
Dalam pada itu, Ramlah berkata meskipun gegaran pagi tadi hanya pada 2.7 skala Ritcher, namun impaknya hampir menyamai gegaran pertama pada 24 Ogos lepas.
"Bumbung rasa bergegar, bunyi gegaran pula seakan guruh," katanya.
Setakat ini lima gegaran telah direkodkan di Segamat pada 6.13 pagi, 24 Ogos dengan 4.1 pada skala Richter; 8.59 pagi, Rabu (3.2); 7.56 malam, Khamis (2.5); 4.24 pagi semalam (3.4) dan 7.29 pagi tadi (2.7).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi Segamat
#Jalan Buloh Kasap
#rekahan tanah
#gempa bumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan