awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi: Semua infrastruktur awam tidak terjejas - Exco

Bernama
Bernama
25/08/2025
14:45 MYT
Gempa bumi: Semua infrastruktur awam tidak terjejas - Exco
Mohamad Fazli berkata JKR Johor akan meneruskan pemeriksaan dan pemantauan berterusan terhadap semua jambatan, jejantas dan jalan raya yang berada dalam kawasan. - Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Semua infrastruktur awam termasuk jalan, jambatan serta empangan di Johor dilaporkan stabil dan terkawal susulan gempa bumi lemah berukuran 4.1 skala Richter yang berlaku pada pagi semalam di Segamat.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata pemantauan awal telah dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di radius lima kilometer dari pusat gegaran dilaporkan.
"Pemantauan awal dilakukan di infrastruktur jalan dan jambatan manakala pemeriksaan melibatkan 47 jambatan di jalan negeri serta 14 jambatan dan 10 jejantas di jalan persekutuan.
"Tiga empangan utama turut disahkan selamat iaitu Empangan Bekok di Segamat, Empangan Sembrong di Batu Pahat dan Empangan Machap di Kluang," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata JKR Johor akan meneruskan pemeriksaan dan pemantauan berterusan terhadap semua jambatan, jejantas dan jalan raya yang berada dalam kawasan.
"JPS Johor akan memastikan tahap keselamatan empangan berada pada keadaan terkawal dan stabil. Sekiranya terdapat sebarang kesan atau kerosakan struktur, tindakan segera akan diambil oleh pihak berkuasa," katanya.
Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan gempa bumi lemah berukuran 4.1 skala Richter dikesan pada 6.13 pagi di Segamat, disusuli gegaran lemah kedua berukuran 2.8 skala Richter di Yong Peng, kira-kira 28 kilometer dari Barat Laut Kluang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kerja Raya
#gempa bumi
#skala Richter
#kerosakan struktur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan