awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Turkiye: Hospital Medan Malaysia rawat 164 pesakit

Bernama
Bernama
18/02/2023
15:04 MYT
Gempa bumi Turkiye: Hospital Medan Malaysia rawat 164 pesakit
Op Starlight 2 diaktifkan selepas kerajaan Turkiye memohon bantuan daripada Malaysia untuk membantu mangsa gempa bumi. - Gambar/ FB MyJointForce
GAZIANTEP (Turkiye): Hospital Medan Malaysia (HMM) yang beroperasi di Celikhan, Aditaman terletak kira-kira 152 kilometer (km) dari Gaziantep telah merawat seramai 164 pesakit sejak dibuka 14 Feb lepas.
Komander Op Starlight 2, Brig Jen Datuk Dr Amran Amir Hamzah berkata cuaca sejuk melampau yang mencecah -10 darjah Celsius pada waktu malam memberikan cabaran tersendiri kepada warga Angkatan Tentera Malaysia yang terlibat dalam pengoperasian HMM berkenaan.
Bagaimanapun katanya ia tidak menjejaskan motivasi anggotanya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga Turkiye yang terjejas akibat gempa bumi pada 6 Feb lepas.
Menurutnya pesakit yang hadir ke HMM ialah lelaki dan wanita dewasa, ibu mengandung dan kanak-kanak.
"Rawatan yang disediakan di HMM mencakupi rawatan pesakit luar, ibu mengandung dan ginekologi, kanak-kanak, pembedahan am, ortopedik dan pergigian.
"Kerajaan Turkiye dan para sukarelawan tempatan serta penduduk di sini memberikan kerjasama yang sangat baik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Dr Amran berkata perancangan awal HMM akan beroperasi di Celikhan selama enam minggu dengan seramai 106 pegawai dan anggota.
Op Starlight 2 diaktifkan selepas kerajaan Turkiye memohon bantuan daripada Malaysia untuk membantu mangsa gempa bumi.
-- BERNAMA
Dapatkan berita dan informasi terkini berkaitan gempa di Turkiye dan Syria di sini
Topic Berkaitan
#Gempa Bumi Turki
#gempa turkiye
#Hospital Medan Malaysia
#agkatan tentera malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan