awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi: Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terjejas di Myanmar dan Bangkok

Astro Awani
Astro Awani
28/03/2025
12:31 MYT
Gempa bumi: Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terjejas di Myanmar dan Bangkok
Dalam kenyataan pada Jumaat, Wisma Putra berkata, laporan awal dari Bangkok juga mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang tercedera. - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) melalui Kedutaan Besar Malaysia di Yangon dan Bangkok mengesahkan semua rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat serta tidak terjejas setakat ini.

Ringkasan AI
  • Wisma Putra mengesahkan semua rakyat Malaysia di Myanmar dan Thailand selamat dan tidak terjejas.
  • Kedutaan Malaysia di Bangkok ditutup sementara untuk penilaian keselamatan, dan rakyat Malaysia dinasihatkan untuk berwaspada.
  • Wisma Putra memantau situasi selepas dua gempa bumi kuat melanda Myanmar pada 28 Mac 2025, yang turut dirasai di Thailand dan Vietnam.

Dalam kenyataan pada Jumaat, Wisma Putra berkata, laporan awal dari Bangkok juga mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang tercedera.
Katanya, kedutaan Besar Malaysia di Bangkok yang terletak di Kronos Office Tower telah ditutup sementara bagi tujuan penilaian keselamatan.
"Buat masa ini, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk tidak menghampiri kawasan premis Kedutaan yang sedia ada.
"Sekiranya berlaku kecemasan atau gegaran susulan yang kuat, rakyat Malaysia di Bangkok dinasihatkan untuk berkumpul di Kompleks Kedutaan bersebelahan Sathorn Garden dan bukan di lokasi Kronos Sathorn Tower," katanya dalam kenyataan.
Rakyat Malaysia yang berada atau dalam perjalanan ke Myanmar dan Thailand dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada, mengikuti perkembangan terkini daripada pihak berkuasa tempatan, dan mengambil semua langkah keselamatan yang perlu.
Selain itu, Wisma Putra melalui dua Kedutaan Besar Malaysia itu sedang memantau dengan rapat situasi susulan dua gempa bumi kuat yang melanda Myanmar pada 28 Mac 2025, yang telah menyebabkan kecederaan serta kemusnahan harta benda.
Gempa bumi pertama dengan magnitud 7.7 berlaku sekitar jam 1.00 tengah hari (waktu tempatan), dengan pusat gempa terletak di Wilayah Sagaing, barat laut Myanmar.
Gempa kedua dengan magnitud magnitud 6.4 berlaku tidak lama selepas itu.
Gegaran susulan daripada kedua-dua gempa ini turut dirasai di Chiang Mai, Bangkok, dan Ho Chi Minh City.
Topic Berkaitan
#gempa bumi Myanmar
#rakyat Malaysia
#Bangkok
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan