awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa Indonesia: Bomba N. Sembilan terima 2 laporan rekahan kecil struktur bangunan

Bernama
Bernama
25/02/2022
10:21 MYT
Gempa Indonesia: Bomba N. Sembilan terima 2 laporan rekahan kecil struktur bangunan
Penjawat awam di Wisma Negeri di Seremban berkumpul di luar bangunan selepas merasai gegaran akibat gempa bumi di Indonesia. - Gambar/ ADUN Nilai
SEREMBAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan menerima dua laporan rekahan kecil pada struktur bangunan di negeri ini akibat gegaran daripada gempa bumi kuat yang melanda utara Sumatera, Indonesia hari ini.
Penolong Pengarah Operasi JBPM negeri Penguasa Kanan Bomba II Zamhuri Zainnordin berkata ia melibatkan tingkat lapan sebuah hospital swasta di sini dan tingkat satu Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, dekat sini.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami telah melaksanakan kerja pengungsian dan pemeriksaan struktur pada bangunan berkenaan bagi memastikan tiada bahaya lain yang berlaku.
"Daripada pemeriksaan itu, kami dapati keadaan rekahan itu tidaklah kritikal, hanya rekahan kecil dan struktur bangunan berada dalam keadaan selamat, tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini melaporkan gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda utara Sumatera pada pukul 9.39 pagi tadi diikuti gempa bumi lemah berukuran 4.9 pada skala Richter pada 12.02 tengah hari.
Gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 87 km barat laut dari Payakumbuh, Indonesia dan 324 km barat daya dari Port Dickson, Negeri Sembilan. Kedua-dua gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
Selain Negeri Sembilan, antara negeri yang dilapor turut merasai gegaran ialah Pahang, Putrajaya, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa indonesia
#rekahan bangunan
#Negeri Sembilan
#Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan