Gempa Ranau: 9 lagi mayat ditemui di Gunung Kinabalu - Masidi Manjun

Astro Awani
Jun 6, 2015 06:03 MYT
Usaha mencari dan menyelamat pendaki diteruskan. -Foto BERNAMA
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun mengesahkan sembilan lagi mayat ditemui di Gunung Kinabalu setakat 12 tengah hari Sabtu menjadikan angka kematian kepada 11 setakat ini.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Twitter, Masidi berkata dua mayat telah dikenal pasti manakala lapan masih hilang
"Polis pasukan forensik telah tiba untuk membantu," kata Masidi.

Sad Day! I have just announced the recovery of 9 bodies by rescue teams. Trying to get helis to bring them down. Fatalities to date: 11

— Masidi Manjun (@MasidiM) June 6, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

As at noon time, 11 bodies have been recovered (2 identified) & 8 people are still missing. Police forensic team have arrived to assist.

— Masidi Manjun (@MasidiM) June 6, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Semalam, dua mayat telah dibawa turun ke Pondok Timpohon di tapak pendakian Gunung Kinabalu iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara, pada kira-kira jam 8.30 malam.
Seorang daripada mangsa ialah malim gunung bernama Rubbi Sapinggi, 30, dan seorang lagi ialah wanita warga asing.
BACA: Gempa Ranau - Ada kematian dilaporkan di Gunung Kinabalu - Masidi
BACA: Gempa 6.0 magnitud landa Ranau, Sabah
Gempa bumi yang berlaku pada 7.15 pagi di daerah Ranau itu juga menyebabkan gempa susulan di lokasi-lokasi seperti Kota Kinabalu, Tambunan, Pedalaman, Tuaran dan Kota Belud.
#Datuk Masidi Manjun #gempa bumi #Kota Kinabalu #Ranau