[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

Gempa Ranau: PM arah Agensi kerajaan ambil tindakan

Astro Awani 13/06/2015 | 02:29 MYT
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 2.29 pagi ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengarahkan agensi kerajaan yang berkaitan agar mengambil tindakan susulan kejadian gempa terbaharu yang berlaku di Ranau, Sabah awal pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 2.29 pagi ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pusat gempa bumi itu terletak 6.2 darjah utara dan 116.5 darjah timur, kira-kira 25 kilometer tenggara Kota Belud, Sabah.
Gegaran turut dirasai di Ranau, Kudat, Beluran, Kota Marudu, Kota Belud, Keningau dan Kinabatangan.
Pada 5 Jun lepas, 18 orang termasuk warga asing merangkumi 14 pendaki Gunung Kinabalu dan empat malim gunung terbunuh dalam kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter di Ranau, Sabah.
Sementara itu menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Farhan Abdullah berkata setakat ini berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan kerosakan atau kecederaan disebabkan kejadian gempa bumi itu.
Pegawai perhubungan awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K Ramin dalam perkembangan yang sama juga berkata pihaknya menerima 14 panggilan telefon daripada orang ramai yang memaklumkan mengenai kejadian itu.
Beliau berkata setakat ini belum ada laporan kerosakan atau kecederaan yang diterima.
#gempa #Gunung Kinabalu #Najib Razak #Ranau #Sabah