awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa Sabah: Tujuh lagi rakyat Singapura disahkan maut

Bernama
Bernama
07/06/2015
10:34 MYT
Gempa Sabah: Tujuh lagi rakyat Singapura disahkan maut
Dua mayat mangsa gempa bumi berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat di Laban Rata Gunung Kinabalu pada 7 Jun 2015. - fotoBERNAMA
Kementerian Pendidikan (MOE) Singapura hari ini mengumumkan mayat yang ditemui pihak berkuasa Malaysia telah dikenal pasti waris masing-masing sebagai lima pelajar dan seorang guru dari Sekolah Rendah Tanjong Katong.
Mereka ialah Ameer Ryyan Mohd Adeed Sanjay, Emilie Giovanna Ramu, Loo Jian Liang Terrence Sebastian (guru), Matahom Karyl Mitzi Higuit, Rachel Ho Yann Shiuan dan Sonia Jhala.
Mayat jurupandu warganegara Singapura, Muhammad Daanish Amran yang mengiringi pelajar berkenaan juga telah dikenal pasti.
Pada Sabtu, mayat pelajar Wee Ying Ping Peony telah dikenal pasti. Hingga kini, lapan mayat rakyat Singapura telah dikenal pasti waris masing-masing.
BACA: Gempa Ranau: Senarai nama 19 mangsa
FOTO: Gambar Terkini: Gempa bumi Ranau
Laporan sebelum ini menyebut bahawa sekumpulan pelajar dari Sekolah Rendah Tanjong Katong berada di Gunung Kinabalu ketika gempa bumi itu berlaku pada Jumaat.
MOE Singapura berkata, operasi sedang diteruskan untuk mengesan seorang lagi pelajar iaitu Navdeep Singh Jaryal Raj Kumar dan seorang guru Mohammad Ghazi Mohamed.
Kata kementerian itu, para pegawai MOE Singapura dan kementerian lain kini berada di Kota Kinabalu untuk memberi bantuan serta sokongan kepada keluarga terbabit dalam menghadapi detik-detik memilukan ini.
Persiapan sedang dibuat untuk membawa pulang anggota keluarga dan mayat mangsa ke Singapura secepat mungkin.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Gunung Kinabalu
#mangsa
#Ranau
#Sabah
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan