'Gempa, tsunami bakal melanda Pahang hanya khabar angin' - MetMalaysia

Mariah Ahmad
Jun 10, 2015 08:44 MYT
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini menafikan khabar angin yang mendakwa tsunami dan gempa bumi akan melanda Pahang dalam masa 36 jam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini menafikan khabar angin yang mendakwa tsunami dan gempa bumi akan melanda Pahang dalam masa 36 jam.
"Khabar angin mengenai kejadian gempa bumi dan tsunami yang akan melanda Pahang seperti yang telah tersebar di media sosial adalah tidak benar sama sekali.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebarang nasihat atau amaran yang disebarkan melalui media sosial yang sumbernya bukan daripada MetMalaysia," tegas jabatan itu dalam satu kenyataan media hari ini.
Bagi mereka yang mahu membuat pengesahan maklumat, boleh merujuk laman web MetMalaysia di http://www.met.gov.my atau di laman sosial Facebook dan Twitter MetMalaysia.
Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline MetMalaysia di talian 1 300 22 1MET(1638).
BACA: MetMalaysia nafi khabar angin Tsunami akan melanda Sabah, Terengganu, Pahang dalam masa 36 jam
BACA: Ujian siren Tsunami di Bintulu hari ini
#gempa bumi #jabatan meteorolgi malaysia #MetMalaysia #pahanh #tsunami