[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTREND

[GEMPAR!] Foto Pertama Harry Styles Tampil dengan Gaya Rambut Pendek

Astro Publication 11/05/2016 | 03:43 MYT
harry.jpg
Baru-baru ini kecoh di media sosial, ahli kumpulan One Direction Harry Styles, secara rasmi telah memotong rambutnya. Harry berkongsi foto rambutnya yang dipotong menerusi laman Instgaram miliknya. Perubahan yang dilakukan oleh Harry adalah bertujuan baik. Harry menderma rambutnya kepada badan amal Little Princess Trust, yang membuat rambut palsu daripada rambut asli untuk kanak-kanak yang mengalami keguguran rambut disebabkan rawatan kanser.
Pastinya ramai peminat Harry Styles tertanya-tanya, bagaimana rupa Harry tidak berambut panjang lagi. Menerusi laman Twitter Dan Wootton, Editor Thesun.co.uk telah mendedahkan berberapa gambar Harry tampil rambut pendek dan kemas. Pastinya peminat Harry Styles gembira akan perubahan gaya rambutnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
##HarryStyles