awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempar jumpa mayat di taman permainan kanak-kanak

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
26/10/2020
05:50 MYT
Gempar jumpa mayat di taman permainan kanak-kanak
Mohamad Farouk Esha berkata, setakat ini, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut (SDR). - Gambar fail/SINAR HARIAN
AMPANG :Pengunjung taman permainan kanak-kanak, Taman Bukit Teratai, di sini gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas dengan kesan melecur.
Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, sejurus menerima panggilan daripada salah seorang penduduk pada pukul 7.22 pagi, polis bergegas ke tempat kejadian.
Beliau memberitahu, sebaik tiba di tempat kejadian, polis mendapati mangsa yang berusia 70 tahun itu melecur di bahagian hadapan dari dada sehingga paha.
"Siasatan awal juga mendapati tukang kasut itu tinggal seorang diri, berdekatan kawasan tempat kejadian," katanya.
Mohamad Farouk memberitahu, setakat ini, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut (SDR).
Bagaimanapun, katanya, polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk tindakan lanjut.
Mayat mangsa katanya dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#mayat
#warga emas
#taman permainan kanak-kanak
#SDR
#mati mengejut
#Gempar
#melecur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan