MALAYSIA
Gencatan senjata: Malaysia hantar pasukan ke Thailand, bincang terma pemantauan
Mohd Nizam (kiri) bercakap kepada pemberita dalam sidang media bersama Ketua Turus Angkatan Tentera Filipina Jeneral Romeo Brawner Jr. selepas Mesyuarat Ketua-Ketua Angkatan Pertahanan ASEAN (ACDFM) ke-22 di sini hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak lama lagi akan menghantar satu pasukan ke Thailand bagi membincangkan Terma Rujukan (TOR) untuk Pasukan Pemerhati Interim (IOT) yang telah ditugaskan memantau gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja.
Ringkasan AI
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata TOR, yang telah dibincangkan dan dipersetujui dengan Kemboja, juga akan dibentangkan kepada pihak berkuasa Thailand untuk memastikan kedua-dua pihak selaras dengan mekanisme pemantauan keamanan di sepanjang sempadan.
"Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) antara Thailand dan Kemboja masih berjalan untuk membincangkan lebih lanjut TOR.
"Saya akan menghantar pasukan ke Thailand untuk membincangkan TOR dengan Panglima Angkatan Tentera mereka di samping Kemboja. Ini akan membuka jalan ke hadapan dalam melaksanakan IOT," katanya kepada pemberita dalam sidang media bersama Ketua Turus Angkatan Tentera Filipina Jeneral Romeo Brawner Jr. selepas Mesyuarat Ketua-Ketua Angkatan Pertahanan ASEAN (ACDFM) ke-22 di sini hari ini.
Nizam berkata penglibatan ASEAN bertujuan untuk memastikan gencatan senjata ditegakkan dan membina semula kepercayaan antara kedua-dua negara jiran itu.
Beliau memaklumkan petugas dari Malaysia, Filipina dan Indonesia telah pun ditempatkan di Kemboja manakala Brunei dan Singapura akan menyusul tidak lama lagi.
"Pasukan ini akan memberikan kuasa kepada mereka untuk memastikan perjanjian gencatan senjata dipatuhi dengan ketat," katanya sambil menyifatkan langkah itu sebagai langkah bersejarah bagi ASEAN dalam bertindak balas secara kolektif terhadap krisis keselamatan serantau.
Walaupun konflik itu pada asasnya adalah isu dua hala, Nizam berkata ASEAN melangkah masuk sebagai 'rakan kongsi yang dipercayai' untuk memastikan keamanan.
"Apabila kita bercakap tentang pemusatan ASEAN, kita telah menekankannya sejak kewujudan ASEAN pada 1967. Inilah masanya kita ingin memberitahu dunia kita boleh bekerja sebagai satu," katanya.
Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia telah mengetuai proses pengantaraan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand dengan sokongan padu daripada Amerika Syarikat dan China.
Pernah mempunyai hubungan erat, Kemboja dan Thailand kini terperangkap dalam pertikaian sempadan yang semakin memuncak di sepanjang 817 kilometer sempadan mereka, kawasan yang dipenuhi dengan runtuhan kuil berusia ratusan tahun yang telah menjadi 'titik ketegangan' dibayangi ancaman konflik.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malaysia akan hantar pasukan ke Thailand untuk membincangkan Terma Rujukan (TOR) Pasukan Pemerhati Interim (IOT) yang memantau gencatan senjata ThailandKemboja, selepas TOR dipersetujui dengan Kemboja.
- Petugas Malaysia, Filipina dan Indonesia sudah ditempatkan di Kemboja, manakala Brunei dan Singapura akan menyusul; langkah ini dilihat sebagai simbol solidariti ASEAN dalam memastikan keamanan serantau.
- Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN mengetuai pengantaraan gencatan senjata dengan sokongan AS dan China, bagi meredakan pertikaian sempadan ThailandKemboja yang semakin memuncak.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata TOR, yang telah dibincangkan dan dipersetujui dengan Kemboja, juga akan dibentangkan kepada pihak berkuasa Thailand untuk memastikan kedua-dua pihak selaras dengan mekanisme pemantauan keamanan di sepanjang sempadan.
"Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) antara Thailand dan Kemboja masih berjalan untuk membincangkan lebih lanjut TOR.
"Saya akan menghantar pasukan ke Thailand untuk membincangkan TOR dengan Panglima Angkatan Tentera mereka di samping Kemboja. Ini akan membuka jalan ke hadapan dalam melaksanakan IOT," katanya kepada pemberita dalam sidang media bersama Ketua Turus Angkatan Tentera Filipina Jeneral Romeo Brawner Jr. selepas Mesyuarat Ketua-Ketua Angkatan Pertahanan ASEAN (ACDFM) ke-22 di sini hari ini.
Nizam berkata penglibatan ASEAN bertujuan untuk memastikan gencatan senjata ditegakkan dan membina semula kepercayaan antara kedua-dua negara jiran itu.
Beliau memaklumkan petugas dari Malaysia, Filipina dan Indonesia telah pun ditempatkan di Kemboja manakala Brunei dan Singapura akan menyusul tidak lama lagi.
"Pasukan ini akan memberikan kuasa kepada mereka untuk memastikan perjanjian gencatan senjata dipatuhi dengan ketat," katanya sambil menyifatkan langkah itu sebagai langkah bersejarah bagi ASEAN dalam bertindak balas secara kolektif terhadap krisis keselamatan serantau.
Walaupun konflik itu pada asasnya adalah isu dua hala, Nizam berkata ASEAN melangkah masuk sebagai 'rakan kongsi yang dipercayai' untuk memastikan keamanan.
"Apabila kita bercakap tentang pemusatan ASEAN, kita telah menekankannya sejak kewujudan ASEAN pada 1967. Inilah masanya kita ingin memberitahu dunia kita boleh bekerja sebagai satu," katanya.
Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia telah mengetuai proses pengantaraan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand dengan sokongan padu daripada Amerika Syarikat dan China.
Pernah mempunyai hubungan erat, Kemboja dan Thailand kini terperangkap dalam pertikaian sempadan yang semakin memuncak di sepanjang 817 kilometer sempadan mereka, kawasan yang dipenuhi dengan runtuhan kuil berusia ratusan tahun yang telah menjadi 'titik ketegangan' dibayangi ancaman konflik.
-- BERNAMA

#Terma Rujukan
#Pasukan Pemerhati Interim
#gencatan senjata
#Angkatan Tentera Malaysia
#Mohd Nizam Jaffar
#Thailand
#Kemboja