MALAYSIA
Gencatan senjata: Malaysia hantar Pasukan Pemerhati Interim ASEAN ke Kemboja
Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan Zahani Zainal Abidin (enam kiri) bergambar bersama Pasukan Pemerhati Interim di Pangkalan Udara Subang hari ini. - Foto Bernama
SUBANG: Malaysia melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengorak langkah penting dalam memperkukuh solidariti ASEAN apabila mengetuai penghantaran Pasukan Pemerhati Interim (IOT) ke Kemboja bagi memantau pelaksanaan gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja.
Ringkasan AI
Majlis penghantaran pasukan disempurnakan Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan Zahani Zainal Abidin di Pangkalan Udara Subang, pada Rabu.
Misi tersebut disertai enam pegawai ATM daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara Diraja Malaysia, diketuai Brigedier Jeneral Datuk Pahlawan Asri Shukor.
Ia turut disertai empat pegawai tentera dari Indonesia dan Filipina dan akan ditempatkan di dua lokasi di Kemboja berhampiran sempadan Thailand.
“Selain mengetuai penubuhan pasukan, Malaysia juga dipertanggungjawabkan merangka dan membangunkan Terms of Reference (TOR) bagi memastikan pelaksanaan mandat IOT berjalan secara teratur, berkesan dan berkecuali,” kata Zahani dalam sidang media sebelum perlepasan anggota.
Beliau menjelaskan, walaupun tiada cabaran besar dijangka, beberapa isu kecil seperti sokongan logistik serta keperluan memastikan laporan pasukan kekal neutral menjadi aspek utama yang diberi perhatian.
“Apabila sesuatu berlaku dengan cepat, sudah tentu ada cabaran, contohnya dari segi sokongan logistik kerana pergerakan pasukan mendahului kelulusan kewangan. Ia tidak akan menjejaskan misi, tetapi ini antara perkara yang kita lihat.
“Laporan dan pemerhatian pasukan mesti betul-betul dilihat sebagai neutral. Kita tidak boleh dilihat seolah-olah, kerana kita dijemput oleh Kemboja, laporan yang dibuat berat sebelah,” tegasnya.
Zahani menambah, misi ini bukan sekadar tugas pemantauan teknikal, malah menjadi simbol solidariti ASEAN dalam menyelesaikan konflik secara aman.
“Malaysia komited untuk terus memainkan peranan aktif menyumbang ke arah kestabilan dan keamanan serantau melalui kerjasama pelbagai hala yang inklusif serta konstruktif,” katanya.
ATM turut merakamkan penghargaan kepada negara anggota ASEAN yang menyokong pelaksanaan IOT, khususnya Filipina dan Indonesia.
Ringkasan AI
- Malaysia mengetuai penghantaran Pasukan Pemerhati Interim (IOT) ke Kemboja untuk memantau gencatan senjata dengan Thailand, melibatkan enam pegawai ATM dan empat pegawai dari Indonesia serta Filipina.
- Malaysia bertanggungjawab merangka Terms of Reference (TOR) bagi memastikan pelaksanaan mandat IOT berjalan teratur, berkesan dan berkecuali, walaupun cabaran logistik dan keperluan laporan neutral diberi perhatian.
- Misi ini simbol solidariti ASEAN dalam menyelesaikan konflik secara aman, dengan Malaysia komited menyumbang kepada kestabilan serantau melalui kerjasama pelbagai hala.