MALAYSIA
Generasi muda diseru guna media sosial sebar semangat perpaduan
Mohamad Fauzi pada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 peringkat Negeri Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra hari ini. - Gambar Facebook Kementerian Komunikasi
JITRA: Generasi muda diseru menggunakan media sosial dan segala ruang yang ada untuk menyebarkan semangat perpaduan serta nilai-nilai kebangsaan.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa berkata golongan itu juga perlu menjauhi sebarang bentuk kebencian atau perpecahan yang boleh merosakkan keharmonian negara.
"Sehubungan dengan itu, saya ingin menyeru kepada anak-anak pelajar yang hadir pada hari ini supaya menanamkan rasa cinta kepada negara dalam setiap langkah yang diambil.
"Belajarlah dengan tekun kerana ilmu adalah asas penting untuk mempertahankan kemerdekaan dan memajukan negara. Hargailah nikmat keamanan dan kebebasan yang kita kecapi hari ini, hasil perjuangan generasi terdahulu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 peringkat Negeri Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra di sini hari ini.
Beliau berkata generasi muda adalah pewaris masa hadapan negara dan jika semangat patriotik dan kecintaan kepada tanah air tidak dipupuk sekarang, ia dibimbangi akan melahirkan generasi yang lupa akan asal usul, leka dalam arus globalisasi dan hilang jati diri sebagai rakyat Malaysia.
Sementara itu, Mohamad Fauzi berkata sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025, Kementerian Komunikasi menerusi Jabatan Penerangan turut melancarkan inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang.
Beliau berkata inisiatif itu adalah komitmen dalam menyemarakkan semangat kecintaan kepada tanah air melalui pemasangan dan kibaran Jalur Gemilang yang menjadi lambang kebanggaan, penyatuan serta identiti nasional kita.
"Oleh itu, sama-sama kita terus mengibarkan Jalur Gemilang di semua rumah, bangunan, premis perniagaan, kenderaan serta premis kerajaan. Kibaran Jalur Gemilang bukan sekadar hiasan tetapi melambangkan semangat perjuangan, maruah negara dan jati diri rakyat Malaysia," katanya.
Antara pengisian program pada hari ini ialah Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 Peringkat Negeri Kedah yang melibatkan penyertaan 43 kenderaan yang terdiri daripada jabatan di bawah Kementerian Komunikasi serta agensi lain.
Turut diadakan, program sisipan seperti Kempen Internet Selamat yang memberikan pendedahan tentang amalan penggunaan internet yang beretika, kuiz kenegaraan bagi memperkukuh semangat patriotik serta 12 reruai oleh agensi kerajaan dan swasta yang mempamerkan perkhidmatan terus kepada rakyat.
Turut hadir Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi Mazlan Abd Mutalib dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Julina Johan.
-- BERNAMA