GADGETS
Generative Renaissance: SIGGRAPH Asia 2025 Hong Kong corak masa depan AI, komputer grafik
Pengerusi Persidangan, Taku Komura, merasmikan SIGGRAPH Asia 2025 di Hong Kong sambil menggesa keterlibatan positif dalam ekosistem kecerdasan buatan.- Foto SIGGRAPH Asia 2025
HONG KONG: Persidangan dan pameran ACM SIGGRAPH edisi ke-18 telah berlangsung di Hong Kong Convention and Exhibition Centre (HKCEC) berjaya menonjolkan bagaimana AI generatif sedang merevolusikan pelbagai industri dan membuka peluang kreatif yang lebih luas.
Bertemakan "Generative Renaissance", persidangan empat hari anjuran Koelnmesse ini menampilkan lebih 7,000 peserta dari lebih 50 buah negara yang terdiri dari pakar komputer grafik, seni, animasi, e-games, pendidikan serta teknologi imersif masa depan.
Pengerusi Persidangan SIGGRAPH Asia 2025, Taku Komura berkata, acara ini menyaksikan peneraju industri berdiri seiring dengan generasi baharu pencipta yang bersama-sama membentuk kemungkinan baharu dalam grafik komputer dan teknik interaktif.
"Landskap kreatif Hong Kong yang dinamik serta pelbagai pula menjadi latar inspirasi kepada perhimpunan global ini," kata Komura di majlis perasmian yang berlangsung di University of Hong Kog di sini, baru-baru ini.
“SIGGRAPH Asia 2025 meraikan imaginasi dan cendekiawan dari segenap pelusuk dunia dan mereka yanbg memacu komuniti ke masa depan," menurut Komura.
Persidangan SIGGRAPH Asia 2025, menampilkan barisan penceramah ternama dan pakar industri. Antara aktiviti utama termasuk Sesi Utama (Keynotes), Sesi Pilihan dan Panel, Kertas Teknikal, Real-Time Live!, Teknologi Berkembang, XR, Festival Animasi Komputer, dan banyak lagi.
Pameran yang berlangsung selama tiga hari bermula Disember 16 lalu mempamerkan alat, teknologi, dan penyelesaian terkini daripada syarikat serta inovator terkemuka.
Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam landskap teknologi visual global menerusi penyertaan strategik ke SIGGRAPH Asia 2025 di Hong Kong. Diterajui oleh Malaysia Digital Economy Corporation’s (MDEC), Pavilion Malaysia menjadi platform untuk menonjolkan kekuatan ekosistem kreatif tempatan serta menandakan langkah awal persediaan negara menjelang penganjuran SIGGRAPH Asia 2026.
Delegasi negara turut menghimpunkan gabungan pemain industri mapan dan bakat generasi baharu, antaranya Anima Vitae Point, Passion Republic, Virtualtech Frontier, Vortex XR Lab, XR Summits, Experiential Design Team (EDT), TSSRM dan OMG Studio. Kehadiran ini mencerminkan kematangan bakat tempatan serta membuka ruang kolaborasi strategik bersama komuniti global.
Dalam majlis penutupan acara 2025 pada Khamis, tema SIGGRAPH Asia 2026, “Weaving the Future”, telah diumumkan dengan inspirasi berteraskan seni batik sebagai simbol jalinan warisan dan inovasi masa depan.
Kuala Lumpur turut melakar sejarah apabila dipilih sebagai tuan rumah SIGGRAPH Asia 2026, yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 1 hingga 4 Disember 2026.
Penganjuran sulung ini, dengan sokongan penuh kerajaan, menjadi pengiktirafan penting terhadap kematangan dan kekuatan ekosistem teknologi kreatif Malaysia. Persidangan berprestij tersebut akan dipengerusikan oleh Dr. Frank Guan, Profesor Madya di Singapore Institute of Technology (SIT), seorang pakar yang diiktiraf dalam bidang grafik komputer (CG), realiti terimbuh dan maya (AR/VR) serta AI.
Mengenai ACM SIGGRAPH
ACM Special Interest Group on Computer Graphics and Interactive Techniques ialah komuniti antara disiplin yang memfokuskan penyelidikan, teknologi dan aplikasi dalam grafik komputer dan teknik interaktif. Ahli-ahlinya terdiri daripada penyelidik, pembangun dan pengguna dari komuniti teknikal, akademik, perniagaan dan seni. ACM SIGGRAPH memperkayakan komuniti grafik komputer dan teknik interaktif sepanjang tahun melalui persidangan, rangkaian global bab profesional dan pelajar, penerbitan serta aktiviti pendidikan.
Untuk maklumat lanjut, layari www.siggraph.org
Mengenai Koelnmesse
Koelnmesse Pte Ltd ialah salah satu syarikat penganjur pameran perdagangan terbesar di dunia.
Lebih 80 pameran dan ekspo anjuran syarikat ini mempunyai liputan antarabangsa paling luas dalam industri, dengan 60 peratus pempamer dan 40 peratus pengunjung datang dari luar Jerman.
Acara ini merangkumi pameran perdagangan global utama bagi 25 sektor, termasuk Imm Cologne, Anuga, IDS, INTERMOT, Interzum Cologne, gamescom dan International Hardware Fair Cologne. Koelnmesse juga merupakan penganjur acara untuk ACM SIGGRAPH bagi 17 edisi SIGGRAPH Asia yang lalu.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.koelnmesse.asian