awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Geng Ayoi tumpas, tiga lelaki ditahan

Bernama
Bernama
22/04/2024
02:30 MYT
Geng Ayoi tumpas, tiga lelaki ditahan
Ahmad Faizal percaya dengan tangkapan itu polis telah menyelesaikan sembilan kes samun di Hulu Selangor dan Gombak. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan geng Ayoi yang aktif menyamun kedai serbaneka 24 jam di sekitar daerah Hulu Selangor dan Gombak dekat sini selepas menahan tiga lelaki dipercayai anggota kumpulan itu, semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata ketiga-tiga suspek yang berumur 23 hingga 32 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kuang pada 3 pagi dan pihaknya turut merampas motosikal jenama Honda RSX, dua topi keledar, sehelai baju berwarna hitam serta sepasang kasut.
"Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau membabitkan kes jenayah dan dadah. Ujian air kencing pula mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Tetrahydrocannabinol," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Faizal percaya dengan tangkapan itu polis telah menyelesaikan sembilan kes samun di Hulu Selangor dan Gombak.
Beliau berkata ketiga-tiga lelaki itu direman enam hari bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan dadah kepada pihak polis supaya tindakan selanjutnya dapat diambil," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#geng Ayoi
#Hulu Selangor
#samun kedai serbaneka
#Ahmad Faizal Tahrim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan