awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Geng Baby' tumpas, polis selesai 13 kes samun berkumpulan

Devonshire Sikem
Devonshire Sikem
16/06/2023
05:12 MYT
'Geng Baby' tumpas, polis selesai 13 kes samun berkumpulan
Tujuh warga tempatan yang ditahan Polis Sarawak, dipercayai anggota 'Geng Baby' yang aktif melakukan jenayah samun berkumpulan di sekitar Kuching, Kota Samarahan dan Padawan. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Polis Sarawak menahan tujuh warga tempatan termasuk dua wanita, dipercayai anggota ‘Geng Baby’ yang aktif dalam beberapa jenayah samun berkumpulan di sekitar Kuching, Kota Samarahan dan Padawan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 23 dan 30 tahun.
"Kita merampas 11 bilah senjata tajam, sembilan telefon bimbit, empat keping kad bank, sebuah motosikal serta beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk melakukan jenayah.
"Modus operandi kumpulan ini adalah mensasarkan warga emas sebagai mangsa pada waktu awal pagi.
"Dengan tertangkapnya kumpulan Baby ini, polis percaya berjaya menyelesaikan 13 kes jenayah samun," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini, hari ini.
Antara barangan yang dirampas polis Sarawak susulan tertangkapnya ahli kumpulan 'Geng Baby'. - Foto Astro AWANI
Antara barangan yang dirampas polis Sarawak susulan tertangkapnya ahli kumpulan 'Geng Baby'. - Foto Astro AWANI
Kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, 380 Kanun Keseksaan dan 379A Kanun Keseksaan, termasuk Akta Dadah Berbahaya, kerana suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan positif ujian air kencing.
Kesemua suspek direman sehingga 17 Jun ini untuk siasatan lanjut.
Mohd Azman (tengah) memaklumkan kepada media, polis percaya mereka telah berjaya menyelesaikan 13 kes jenayah samun dengan tertangkapnya tujuh individu itu. - Foto Astro AWANI
Mohd Azman (tengah) memaklumkan kepada media, polis percaya mereka telah berjaya menyelesaikan 13 kes jenayah samun dengan tertangkapnya tujuh individu itu. - Foto Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Geng Baby
#samun
#Polis Sarawak
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan