KUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan Geng Bob dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah apabila menahan lima lelaki tempatan di sebuah kawasan perumahan di Hulu Bernam, Hulu Selangor, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata kesemua suspek berusia 21 hingga 59 tahun yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Polis turut merampas tiga ketulan ganja seberat 2.5 kilogram bernilai RM7,762.40 serta menyita tiga buah motosikal jenis Yamaha 125z bernilai RM21,000.
Menurutnya dua ketulan ganja dibalut dengan plastik lut sinar (1.7kg) dijumpai di atas siling bumbung rumah berkenaan manakala satu lagi (0.77 kg) di atas almari pakaian dalam sebuah bilik.
" Tiga dari suspek mempunyai hubungan kekeluargaan manakala dua lagi merupakan rakan mereka," katanya dalam kenyataan semalam.
Ahmad Faizal berkata kesemua suspek masing-masing bekerja sebagai tukang gunting rambut, pemandu lori, kelindan lori dan penganggur dan tiga daripada mereka mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah.
"Kesemua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari mulai esok hingga 5 Mei ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah," katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Antara dadah dan ganja yang dirampas polis susulan penahanan lima lelaki yang mempunyai pertalian keluarga di sebuah kawasan perumahan di Hulu Bernam pada Ahad. - Foto Polis Hulu Selangor/BERNAMA
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Bas penumpang hampir terjunam berhampiran jambatan Bronx
Sebuah bas New York terbabas dan tergantung di ketinggian 3.7 meteri berhampiran jambatan Henry Hudson Parkway, New York.
Lebih 10,000 syarikat di Jepun muflis tahun lalu
Kenaikan harga, kekurangan buruh yang semakin teruk dan kejatuhan nilai yen di Jepun mengakibatkan kegagalan perniagaannya hingga menyebabkan 10,006 syarikat muflis pada 2024.
Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa 8.30 pagi Ahad
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas akan berkuat kuasa pada 08:30 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar
Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.