Kegiatan sekumpulan anak muda yang memilih untuk menurap sendiri jalan yang berlubang secara sukarela sebagai cara mereka menyambut kedatangan tahun 2018, menarik perhatian ramai.

‘Operasi’ ini disertai oleh sepuluh orang anak muda dan menggelarkan diri mereka sebagai ‘Brotherhood Kuantan’.

Ahli-ahli
Jurucakapnya, seorang bekas anggota tentera yang hanya ingin dikenali sebagai Beto berkata, bagi mereka, aktiviti kemanusiaan ini adalah sebahagian usaha mereka menyelamatkan nyawa pengguna jalan raya daripada merempuh ‘jerangkap maut’.

“Kami sanggup turun malam tahun baru ini yang biasanya diluangkan bersama-sama keluarga sendiri untuk keselamatan pengguna-pengguna jalan raya yang lain.

“Semuanya berpunca daripada kemalangan maut rakan kami akibat terlanggar lubang ketika menunggang motosikal dua tahun lalu,” katanya.

"Brotherhood Kuantan" berharap agar pihak berkuasa mengambil inisiatif pada tahun 2018 bagi mengatasi isu jalan berlubang di jalan-jalan utama di Bandar Kuantan.

“Untuk 2018, saya harap Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga pihak berkuasa tempatan (PBT) menjalankan tanggungjawab mere masing-masing.

“Perbaiki sistem, adakan penambahbaikan. Jangan harapkan aduan semata-mata. Kami harap tiada lagi masalah-masalah sebegini yang berulang,” tegas Beto lagi.