KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Menteri Kewangan segera menjawab persoalan mengapa tiga bank Malaysia dibenar memberi pinjaman tanpa jaminan kepada Genting Hong Kong yang diisytihar muflis.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu pada masa sama mempersoalkan bagaimana pinjaman tanpa jaminan kepada syarikat itu boleh diberi dengan mudah.
"Ini adalah kerana kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB), Khazanah, dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah pemegang saham terbesar dalam ketiga-tiga bank itu.
"Walaupun syarikat itu berdaftar di Hong Kong, pemiliknya adalah ahli perniagaan Malaysia yang sekurang-kurangnya perlu diminta jaminan peribadi atau simpanannya dalam syarikat yang dimilikinya di Malaysia,"katanya melalui entri terbaharu di laman Facebooknya pada Khamis.
BACA: Genting Hong Kong muflis tidak beri impak kepada ekonomi Malaysia - Azmin
Media sebelum ini melaporkan tiga bank Malaysia dinamakan sebagai antara pemiutang tidak bercagar utama Genting Hong Kong dengan gabungan pendedahan sebanyak USD600 juta (RM2.5 bilion).
Anwar turut menuntut Menteri Kewangan menjelaskan bagaimana pinjaman RM2.51 bilion itu akan dibayar oleh Genting Hong Kong yang sudah muflis.
"Bagi saya, penjelasan ini perlu disegerakan bagi mengelak skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) Hong Kong berulang," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Thu Jan 27 2022

Anwar mempersoalkan bagaimana pinjaman tanpa jaminan kepada syarikat itu boleh diberi dengan mudah. - Gambar fail

Lelaki kurang siuman ganggu pengguna jalan raya ditahan di Jalan Kunak-Semporna
Polis menahan seorang lelaki kurang siuman yang mengganggu pengguna jalan raya di Jalan Kunak-Semporna pada Rabu.

Tindakan Zuraida letak jawatan tidak jejas kerajaan Kedah - Menteri Besar
Yang akan terkesan dengan keputusan Zuraida ialah kerajaan Persekutuan kerana Zuraida merupakan salah seorang daripada anggota Kabinet.

Menteri Luar Jepun, Malaysia sepakat bekerjasama bangunkan lagi Dasar Pandang Ke Timur
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatannya dari Jepun Yoshimasa Hayashi sepakat untuk bekerjasama membangunkan lagi Dasar Pandang Ke Timur.

Barometer Kepercayaan Edelman 2022: Tahap kepercayaan terhadap kerajaan dan media menurun
Barometer Amanah itu mendedahkan bahawa Malaysia, bersama-sama dengan seluruh dunia sedang mengalami kitaran ketidakpercayaan.

Pelajar sekolah maut motosikal langgar lori
Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.

Hormat keputusan Zuraida - Annuar
Semua pihak perlu menghormati keputusan dan pendirian Datuk Zuraida Kamaruddin yang mengumumkan menyertai PBM, kata Tan Sri Annuar Musa.

'Health Alert monkeypox' akan dilaksanakan menerusi aplikasi MySejahtera mulai esok - Khairy
'Health Alert monkeypox' akan dilaksanakan menerusi aplikasi MySejahtera mulai esok.

WEF 2022 | Menguruskan risiko di era ketidaktentuan - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengulas isu risiko di era ketidaktentuan selepas menjadi panel dalam salah satu sesi di Forum Ekonomi Dunia WEF 2022.

Ratu Elizabeth cari pembantu rumah, gaji RM43 sejam
Antara faedah lain yang turut disediakan ialah 15 peratus skim pencen caruman majikan dan 33 hari cuti termasuk cuti umum.

WEF 2022 | Menguruskan risiko di era ketidaktentuan
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail dan Editor Niaga AWANI, Najib Aroff mengulas isu semasa sebelum Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menjadi panel dalam isu pengurusan risiko di era ketidaktentuan dalam salah satu sesi di Forum Ekonomi Dunia WEF 2022.

Anwar, empat wakil rakyat dapat kebenaran merayu bagi cabar tindakan Muhyiddin
Kebenaran merayu bagi mencabar tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong menggantung Parlimen semasa tempoh darurat.

Najib, Shafee gagal dapat kebenaran merayu untuk gugurkan Sri Ram
Mereka gagal dalam usaha untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada pasukan pendakwaan.

Pemilihan PKR 2022: Cabang Lembah Pantai menang tanpa bertanding
Proses pemilihan yang berlangsung hari ini hanya melibatkan jawatan di peringkat pusat.

Debat Perdana: Fahmi Fadzil tidak puas hati, banyak 'syarat' diletak 'team Najib'
Terdapat banyak kekangan atau syarat yang diletakkan termasuk dari segi format, soalan serta lokasi.

Kerajaan perlu teliti cadangan pengambilalihan Sapura Energy oleh Petronas - Tok Pa
Pelbagai pihak telah memberikan cadangan kepada kerajaan berhubung perkara berkenaan.

Pengundian pemilihan PKR 2022 buka tirai hari ini
Pemilihan PKR 2022 membuka tirainya hari ini yang menyaksikan seramai 11,282 calon merebut pelbagai jawatan di peringkat pusat, cabang dan sayapnya.

Jadikan kombinasi hujah debat Najib-Anwar kerangka dasar negara - Zahid
Wacana intelektual harus diadakan dengan lebih kerap supaya bukan hanya mahu merungkaikan permasalahan sesuatu kumpulan, lebih penting supaya rakyat diberikan kefahaman.

Debat Perdana: Najib, Anwar bentang fakta zaman siapa lebih hebat urus kewangan negara
Najib pernah menjadi Menteri Kewangan antara 2008 hingga 2013, manakala Anwar pula antara 1991 hingga 1998.

'Kalau ada GST, rakyat lebih senang hari ini' - Najib
Datuk Seri Najib Razak yakin nasib rakyat Malaysia akan lebih senang hari ini jika sistem cukai itu masih dilaksanakan.

Debat Perdana: Rakyat pemenang sebenar - Penganalisis politik
Ia merupakan platform yang memberikan rakyat peluang untuk membuat penilaian tentang isu yang dibangkitkan, secara langsung dan terus.