awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gerabak kelas perniagaan, WiFi percuma dalam tren ETS KTMB

Israr Khalid
Israr Khalid
13/01/2018
10:24 MYT
Gerabak kelas perniagaan, WiFi percuma dalam tren ETS KTMB
TIONG LAI menyampaikan anugerah Pride of Workmanship Award anjuran kelab-kelab Rotary Malaysia kepada 36 kakitangan KTMB di KL Sentral di sini, hari ini. - Gambar Bernama
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal memperkenalkan gerabak kelas perniagaan atau ‘business class’ bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) pada September ini.
Selain itu, sistem WiFi boleh diakses secara percuma oleh penumpang turut akan dipasang pada setiap gerabak ETS dari Kuala Lumpur ke Padang Besar, Perlis seiring Projek Rel Elektrik Berkembar Ipoh-Padang Besar yang telah siap dengan jayanya.
“Dengan adanya pilihan tempat duduk kelas perniagaan termasuk kemudahan WiFi di dalam gerabak, penumpang boleh membuat kerja atau sebagainya ketika dalam perjalanan jauh.
“Bukan sahaja keselesaan, malah ia sekali gus meningkatkan produktiviti rakyat Malaysia,” kata Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penyampaian anugerah Pride of Workmanship Award anjuran kelab-kelab Rotary Malaysia kepada 36 kakitangan KTMB di KL Sentral di sini, hari ini.
Mereka merupakan daripada keseluruhan 66 staf dari 12 profesyen dalam KTMB yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang dalam acara yang dijalankan serentak di tiga lokasi lain iaitu di Stesen Butterworth, Stesen Wakaf Baru, Kota Bharu dan Stesen Kluang.
Sebagai satu lagi penaiktarafan sistem pengangkutan awam bawah Pelan Transformasi 2.0 kerajaan, Tiong Lai turut memaklumkan persetujuan bilateral Sistem Rapid Transit (RTS) yang menghubungkan Johor Bharu dengan Woodlands, Singapura akan ditandatangani pada Ritrit Pemimpin Malaysia-Singapura pada 16 Januari ini.
“Apabila siap pada penghujung 2024, sistem ini mampu membawa 10,000 penumpang setiap jam sehala bagi perjalanan lima minit sepanjang jajaran empat kilometer itu,” katanya.
Selain itu, Trek Berkembar Lembah Kelang (KVDT) Fasa 1 yang memulakan pembinaan pada November 2015 kini sudah 48 peratus siap, yang mana kekerapan tren pada waktu puncak adalah setiap 7.5 minit antara setiap tren apabila siap sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#business class
#ETS
#kelas perniagaan
#KTMB
#KVDT
#Liow Tiong Lai
#Menteri Pengangkutan
#Pelan Transformasi
#Rotary Malaysia
#RTS
#Wifi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan