awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN masih kumpul maklumat berhubung dakwaan kultus Korea Selatan
[TERKINI] Rawatan Tun M: 'Pembedahan bukan opsyen terbaik buat masa ini' - Mukhriz
Bekas Panglima Tentera Darat hadir ke ibu pejabat SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gerai, kereta rosak akibat ribut di Kuantan

Bernama
Bernama
08/06/2024
13:30 MYT
Gerai, kereta rosak akibat ribut di Kuantan
Beberapa premis perniagaan dan kereta rosak dalam kejadian ribut di tempat tumpuan orang ramai di Pantai Kempadang petang tadi. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Beberapa premis perniagaan dan kereta rosak dalam kejadian ribut di tempat tumpuan orang ramai di Pantai Kempadang di sini petang tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kempadang Saaban Awang berkata kejadian sekitar 3.30 petang itu menjejaskan kiosk dan gerai makanan selain kereta Perodua Kancil serta Naza Citra rosak akibat dihempap pokok tumbang.
"Saya difahamkan seorang wanita mengandung terperangkap di dalam Perodua Kancil itu namun berjaya keluar melalui tingkap kenderaan berkenaan dan dia selamat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, pemandu kereta Naza Citra Zulfatihah Zainuddin, 31, berkata kejadian itu amat menakutkan, namun bersyukur beliau dan empat anaknya terselamat.
Beliau yang menetap di Bukit Rangin di sini berkata kejadian pokok tumbang itu mengakibatkan cermin belakang keretanya pecah selain mengalami beberapa kerosakan lain.
"Semasa kejadian, banyak benda dah terbang, saya nak alihkan kenderaan tapi pokok tumbang atas kereta...memang panik ketika itu dan saya segera keluarkan anak-anak yang sedang menangis dan berselindung belakang batu," katanya
Kerja-kerja pembersihan pokok tumbang di lokasi berkenaan telah dilaksanakan Unit Tindakan Khas Majlis Bandaraya Kuantan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gerai
#kereta rosak
#ribut
#Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan