MALAYSIA
Gerai Lemang Kijal bakal berwajah baharu, sedia kemudahan lebih selesa
Tapak niaga yang dikenali "Wilayah Lemang Kijal" itu mula dibina enam bulan lepas dan akan menempatkan 16 buah gerai. - Gambar Bernama
CHUKAI: Tapak baharu gerai lemang yang terkenal di Kijal, di sini dijangka mampu menarik lebih ramai pelanggan, selain turut dilengkapi pelbagai kemudahan untuk keselesaan penjual.
Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Lemang Kijal, Khazalina Khalid berkata, tapak niaga yang dikenali "Wilayah Lemang Kijal" itu mula dibina enam bulan lepas dan akan menempatkan 16 buah gerai, lengkap dengan bekalan air serta elektrik.
Beliau berkata, para peniaga dijangka memulakan operasi di tapak baharu itu yang terletak tidak jauh dari tapak gerai lama bermula minggu hadapan.
"Gerai lama yang dibina daripada kayu sudah dalam keadaan uzur kerana dibina 25 tahun lepas selain lokasinya terlalu hampir dengan jalan raya sehingga membahayakan pelanggan," katanya ketika ditemui pemberita, di sini, pada Ahad.
Beliau berkata, tapak lama juga sering dilanda banjir kilat sehingga mencecah 0.5 meter setiap kali hujan lebat akibat limpahan air dari kawasan bukit berdekatan sehingga peniaga terpaksa menutup sementara operasi.
Dalam pada itu, Khazalina berkata, peniaga terlibat juga berjanji akan mengekalkan harga lemang antara RM4 hingga RM10 sebatang, mengikut saiz buluh dan berharap perniagaan mereka terus menerima sambutan yang baik.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM500,000 bagi pembinaan gerai lemang tersebut.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal berkata, pembinaan gerai itu merupakan fasa pertama projek berkenaan memandangkan sebuah lagi tapak perniagaan baharu lemang bernilai RM1 juta akan dibangunkan di Kijal pada tahun ini.
"Tapak baharu fasa kedua itu akan dibina di persimpangan jalan berdekatan Kolej Universiti TATI (UCTATI) dan ia akan menjadikan Kijal sebagai pusat perniagaan lemang terbesar di Terengganu," katanya.
-- BERNAMA