awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gerakan Islam perlu kerja kuat, beri pencerahan kepada umat - PM Anwar

Bernama
Bernama
10/12/2023
04:16 MYT
Gerakan Islam perlu kerja kuat, beri pencerahan kepada umat - PM Anwar
Anwar berucap pada Majlis Makan Malam dan Pidato Melakar Nahdah Ummah bersempena Ijtimak Harakiy Wadah Pencerdasan Umat Malaysia, ABIM dan PKPIM malam tadi. - FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Gerakan Islam perlu bekerja lebih kuat, tersusun dan bersungguh-sungguh dalam memberi pencerahan kepada umat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi catatan di Facebook hari ini, beliau berkata tatkala ilmu yang terbatas serta asakan pemikiran barat yang kuat, gerakan ini perlu menumpukan pengisian dari sudut peningkatan kefahaman mendalam.
Perkara itu disampaikan Anwar pada Majlis Makan Malam dan Pidato Melakar Nahdah Ummah bersempena Ijtimak Harakiy Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Putrajaya, malam tadi.
"Susulan cabaran semasa, nahdah atau kebangkitan dengan kesedaran dan pencerdasan, menjadikan ia tanggungjawab lebih berat. Kita harus bekerja lebih kuat, tersusun dan bersungguh-sungguh memberi pencerahan kepada umat," katanya.
Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan di atas kehadiran senior aktivis sezaman dengannya yang setia dengan perjuangan gerakan dakwah, pelajar dan belia pada majlis itu, yang turut dihadiri isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Anwar merupakan bekas presiden ABIM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ABIM
#gerakan Islam
#Umat Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan