awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gerakan mencari nelayan hilang di masih diteruskan

Bernama
Bernama
03/12/2013
11:23 MYT
Gerakan mencari nelayan hilang di masih diteruskan
Usaha mencari dan menyelamat dua lagi nelayan yang dilapor hilang di perairan Merchong dua hari lepas diteruskan hari ini dengan kawasan operasi diperluas sehingga ke perairan Endau, Rompin.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahya Othman berkata anggota pasukan mencari dan menyelamat berdepan kesukaran kerana cuaca buruk yang menyebabkan keadaan laut berombak tinggi.
"Pasukan mencari dan menyelamat itu disertai Pasukan Gerakan Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia selain Unit Udara Tentera Udara Diraja Malaysia," katanya kepada Bernama.
Mohamad Isa Awang Ngah, 65, dan anaknya Mohamad Asri, 17, dilapor hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Merchong, Pekan pada Ahad, manakala rakan mereka, Mohamad Sharil Zulkifli, 28, ditemui terdampar dalam keadaan lemah di pantai berhampiran sebuah resort di Rompin pada pukul 8 pagi semalam.
Ketiga-tiga mereka dilapor keluar menangkap ikan dengan menaiki sebuat bot gentian kaca pada pukul 5.30 pagi Ahad.
Topic Berkaitan
#hilang
#merchong
#nalayan
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan