MALAYSIA

Gerakan sekolah selamat serah memorandum kepada Fadhlina, tuntut reformasi sistem pendidikan

Pia Ernadya 22/10/2025 | 09:17 MYT
Menurut Ain Husniza (kanan), Fadhlina (kiri) telah memberi komitmen untuk meneliti dan melaksanakan tuntutan yang dikemukakan.
KUALA LUMPUR: Gerakan Sekretariat Sekolah Selamat (SSS) hari ini menyerahkan memorandum #MakeSchoolASaferPlace kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menuntut tindakan segera ke arah reformasi sistem pendidikan.


Ringkasan AI
  • Gerakan Sekretariat Sekolah Selamat (SSS) menyerahkan memorandum #MakeSchoolASaferPlace kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dengan 11 tuntutan termasuk Akta Anti-Buli dan Akta Gangguan Seksual di Sekolah.
  • SSS menuntut tindakan segera dan reformasi sistem pendidikan, bukan sekadar janji, serta memberi tempoh 30 hari kepada Fadhlina untuk melaksanakan perubahan.
  • Tuntutan lain termasuk sokongan psikososial, audit keselamatan, pendidikan seksual dan mental, serta penubuhan Suruhanjaya Sekolah Selamat.


Memorandum yang mengandungi 11 tuntutan itu diserahkan oleh wakil SSS, Ain Husniza Saiful Nizam, di hadapan bangunan Parlimen, yang turut menegaskan bahawa pihaknya mahu tindakan segera dan bukan sekadar janji.

“YB Fadhlina Sidek telah memberi komitmen untuk melunaskan tuntutan kami. Tapi kami bukan hanya mahu kata-kata. Kami mahu tindakan; kami mahu reformasi sistem pendidikan.

“Anak muda seperti Iman dan Jess, masing-masing berusia 14 dan 16 tahun, datang ke Parlimen hari ini hanya untuk minta sekolah yang lebih selamat.

"Kami benar-benar berharap janji itu ditepati,” katanya dalam sidang media selepas penyerahan memorandum.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ain Husniza turut menegaskan bahawa krisis keselamatan pelajar yang melanda negara ketika ini bukan lagi isu disiplin terpencil, sebaliknya mencerminkan kegagalan sistemik yang memerlukan reformasi menyeluruh.

Yang pertama, kami menuntut penggubalan Akta Anti-Buli yang mewajibkan pelaksanaan program pencegahan dan intervensi di semua sekolah, termasuk latihan khusus untuk guru dan warden asrama.

Yang kedua, kami mendesak Akta Gangguan Seksual di Sekolah bagi melindungi pelajar daripada gangguan dan penderaan seksual.

Yang ketiga, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu memperkukuh sistem sokongan psikososial secara struktur dan profesional,” katanya dalam sidang media selepas penyerahan memorandum.

Selain itu, memorandum turut menyenaraikan beberapa tuntutan lain, antaranya:

“Sekolah harus menjadi tempat paling selamat selepas rumah pelajar.

"Jika KPM gagal melaksanakan reformasi yang kami tuntut, maka YB Fadhlina perlu berundur dan memberi ruang kepada individu lain yang mampu memulihkan kepercayaan rakyat terhadap sistem pendidikan negara,” tegas Ain Husniza.











#KPM #Fadhlina Sidek #MakeSchoolASaferPlace #Gerakan Sekretariat Sekolah Selamat #Ain Husniza Saiful Nizam