Pemangku Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn menegaskan Gerakan tidak gagal walaupun tidak berjaya merampas kembali Pulau Pinang kerana apa yang dinikmati penduduk negeri itu hari ini adalah hasil usaha bekas pentadbiran kerajaan negeri pimpinan parti itu.
Beliau berkata rakyat perlu realistik dan jujur, bahawa semua kejayaan di negeri itu tidak muncul selepas Lim Guan Eng dari DAP menjadi ketua menteri sepanjang lima tahun lalu.
"Kita mesti berdiri tegak dan mempertahankan rekod kita kerana jika tidak, kita akan kalah kepada pembohongan dan propaganda pihak pembangkang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar pada persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-42 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Menara PGRM di sini hari ini.
Chang yang akan berundur dari jawatannya hari ini turut mengingatkan perwakilan untuk menzahirkan semula perjuangan sebenar parti sejajar dengan matlamatnya untuk bangkit semula.
Katanya, walaupun banyak yang telah dilakukan oleh kerajaan, pengundi kini lebih mendesak dan berfikiran bebas menyebabkan cara lama berpandukan politik pembangunan tidak lagi menjanjikan sokongan.
"Oleh itu, Gerakan yang baharu mesti tegas dalam menyuarakan nilai dan kepercayaan politiknya bagi menentang penyelewengan atau penyalahgunaan oleh mereka yang berkuasa," katanya.
Menurut Chang lagi, parti komponen Barisan Nasional (BN) itu mesti kembali ke akar asal keadilan sosial dan demokratik serta memperbaharui hubungannya dengan rakyat.
"Kita mesti menjalinkan semula hubungan dengan gerakan kesatuan pekerja dan memperjuang hak-hak pekerja rakyat Malaysia," katanya.
Chang juga menegaskan Gerakan mesti kembali kepada peranan asalnya iaitu sebagai suara rasional dan kesedaran kepada BN dengan memperkenalkan pendekatan yang tidak bersifat perkauman terhadap polisi dan urus tadbir dengan penekanan yang istimewa untuk semua rakyat Malaysia.
"BN dan parti komponennya tidak boleh membangga diri tetapi perlu menunjukkan rasa rendah diri dalam kemenangan dan menerima bahawa sebuah cara baharu amat diperlukan dalam BN dari segi pemikiran merangkumi harapan dan aspirasi rakyat terhadap kerajaan bersih, adil, saksama dan inklusif," katanya.
Chang berkata BN yang dinamik adalah yang bersuara untuk kepentingan semua rakyat dan tidak didominasi oleh satu parti malah akan memastikan semua parti komponen dilayan dengan penuh hormat oleh anggota parti komponen lain dan darma gabungan sentiasa dihormati.
Menurutnya lagi, BN yang moden akan memastikan semua komponen boleh bersetuju untuk tidak bersetuju atas isu semasa tetapi pada masa yang sama akan terus berusaha mencapai konsensus.
"Sebuah BN yang moden harus memastikan wujudnya struktur perkongsian kuasa yang saksama supaya tidak ada situasi "pemenang ambil semua" dan kembali kepada semangat memberi dan menerima," katanya.
Dalam sidang akhar selepas itu, Chang berkata beliau mahu Gerakan mengadakan sesi dialog dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bagi membincangkan isu ekstremisme yang didakwa diamalkan badan bukan kerajaan itu.
"Bukan Perkasa sahaja NGO yang mengamalkan pandangan seperti ini, ada juga NGO berbangsa lain yang mengamalkan ekstremisme dalam bangsa dan caranya sendiri dan ini adalah tidak sihat, kami bukan mahu melawan Perkasa tetapi kami menentang cara perjuangan ekstrem mereka dan mahu berdialog dengan mereka tentang negara pelbagai kaum dan perpaduan," katanya.
Chang menyifatkan perjuangan Perkasa tidak menggambarkan sifat Malaysia yang sebenar dan walaupun Gerakan menghormati hak bersuara oleh semua namun parti itu mahu Perkasa berhenti mengeluarkan kenyataan yang didakwa tidak menghormati dan tidak menjaga sensitiviti kaum lain di negara ini.
Pemimpin tertinggi Gerakan itu turut menasihati semua perwakilan dan anggota parti supaya kekal komited dalam ideologi dan perjuangan parti tanpa gentar atau berat sebelah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan memastikan suara Gerakan dalam BN didengari dan dihormati.
Bernama
Sat Oct 26 2013
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.