Presiden GERAM, Norafiq Mohd Nor menyifatkan tindakan Surendran itu sebagai sesuatu yang tidak wajar dan jelas menghina keputusan Mahkamah Rayuan.
"Saya selaku Presiden GERAM melihat tindakan N. Surendran itu seolah-olah menghasut rakyat untuk mempersoalkan kredibiliti sistem kehakiman di negara ini," katanya selepas membuat laporan polis terhadap Surendran di Balai Polis Setapak, pada Isnin.
Laporan polis turut dibuat di seluruh negara di setiap negeri pada waktu yang sama iaitu 11.30 pagi, kecuali Sabah dan Sarawak pada 2.30 petang, dan Melaka, 1 petang.
Norafiq turut merujuk kepada satu kes penghinaan mahkamah yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Presiden PERKASA, Ibrahim Ali dan penulis rencana dalam laman web PERKASA, Zainuddin Salleh yang didakwa mempertikaikan keputusan penghakiman kes saman fitnah oleh Anwar terhadap Utusan Melayu.
Katanya Anwar mendakwa Ibrahim dan Zainudin Salleh menghina mahkamah kerana menyerang hakim kes tersebut, Datuk VT Singham, yang menyebabkan Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM20,000, manakala Zainuddin pula dikenakan hukuman penjara empat minggu.
"Kita boleh lihat disini bagaimana Anwar Ibrahim mempergunakan undang-undang untuk menghukum rakyat marhain yang mempersoalkan keputusan mahkamah tapi dalam masa yang sama apabila Naib Presiden PKR, N. Surendran dan Rafizi Ramli melakukan perkara yang serupa, ia seolah-olah menjadi halal pula bagi mereka," ujar Norafiq.
GERAM membuat laporan polis di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur
Berikut merupakan lokasi-lokasi balai dan masa untuk setiap negeri:
Kuala Lumpur, Balai Polis Setapak. 11.30 pagi
Pulau Pinang , Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown, Daerah Timur Laut. 11.30 pagi
Kedah, Balai Polis Guar Chempedak, 11.30 pagi
Perlis, Balai Polis Kangar. 11.30 pagi
Perak, Balai Polis Daerah Batu Gajah. 11.30 pagi
Kelantan, IPK Kota Baru. 11.30 pagi
Terengganu, IPD Polis Kuala Terengganu. 11.30 pagi
Pahang , IPD Polis Kuantan. 11.30 pagi
Johor, Balai Polis JB Central. 11.30 pagi
Melaka, IPK Polis Melaka Tengah Bukit Beruang. 1 petang
Negeri Sembilan, Balai Polis Seremban 2, 11.30 pagi
Selangor, Balai Polis Kuala Selangor. 11.30 pagi
Sabah, Balai Polis Kota Kinabalu. 2.30 petang
Sarawak IPD Kuching jam 2.30 petang
Pada 18 April lalu, Surendran telah mempertikaikan Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan kes Liwat II terhadap Anwar Ibrahim sambil menyifatkan penghakiman tersebut sebagai 'defensif dan tidak boleh dipertahankan'.
Beliau merujuk penghakiman bertulis bertarikh 11 April oleh Mahkamah Rayuan yang mengkritik keputusan membenarkan kenyataan Anwar dari kandang, tetapi menerima bukti dikemukakan peguam Saiful Azlan Bukhari dan mendakwa pembelaan Anwar tidak berwibawa.