awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GERAMM adakan tunjuk perasaan tuntut kebebasan media

Teoh El Sen
Teoh El Sen
04/01/2014
07:54 MYT
GERAMM adakan tunjuk perasaan tuntut kebebasan media
GERAMM
GERAMM
Sebahagian daripada penunjuk perasaan di perhimpunan GERAMM
KUALA LUMPUR: Cuaca hujan tidak mematahkan semangat sekumpulan penunjuk perasaan untuk turun mengadakan bantahan hari ini bagi menuntut kebebasan media.
Lebih 100 penunjuk perasaan dengan kebanyakkannya pengamal media, aktivis dan penyokong hadir pada perhimpunan yang dinamakan Bantahan Pensel Merah (Red Pencil Protest) yang bermula di hadapan bangunan Majlis Peguam, di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur petang tadi.
Hadir berpakaian serba merah, mereka turut mematahkan pensil berwarna merah dalam sebagai simbolik terhadap penindasan yang didakwa berlaku keatas pihak media.
Sambil melaungkan slogan "Hidup media!" dan "Bebas The Heat!", peserta telah menggariskan lapan tuntutan kepada kerajaan, parti politik dan media, antaranya:
- Menarik balik penggantungan akhbar mingguan The Heat dan membenarkannya beroperasi seperti biasa. - Mengadakan siasatan semula dan secara rapi terhadap insiden-insiden keganasan yang didakwa dilakukan anggota polis terhadap pengamal media. - Memansuhkan permit penerbitan yang diwajibkan mengikut Akta Penerbitan dan Mesin Cetak kerana ia dianggap tidak relevan lagi. - Membenarkan pengamal media membuat liputan di semua majlis kerajaan dan bangunan awam. - Kepada parti politik, mereka menggesa untuk memberikan akses sama rata untuk semua pihak media; - Kepada anggota media sendiri, mereka dituntut untuk mengamalkan etika kewartawanan dan mendukung kebebasan, keadilan dan hak asasi manusia.
Selain tokoh-tokoh politik dan aktivis, turut serta dalam perhimpunan ialah orang ramai yang tidak terlibat secara langsung dengan media.
"Saya datang kerana rakyat selalu mengkritik media berat sebelah. Tapi apabila salah sebuah media ditindas, kami tidak berbuat apa-apa. Jadi saya rasa saya perlu datang," kata seorang jurutera IT berumur 30 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai TT.
GERAMM
GERAMM
Selepas berhimpun, kumpulan itu telah berarak ke kawasan sekitar Dataran Merdeka di mana seorang wartawan Radzi Razak pernah didakwa dibelasah polis semasa perhimpunan Bersih yang lalu.
Dalam ucapan oleh editor Malaysiakini Fathi Aris Omar, beliau berkata dengan mematahkan pensil merah, ia menunjukkan sengsara media yang diganasi oleh pelbagai pihak, dan menuntut kerajaan untuk mengembalikan hak kebebasan media.
Dalam satu ucapan ringkas juga, peguam S Ambiga berkata: "Kita berkumpul bukan untuk (memberi sokongan kepada) akhbar The Heat semata-mata, tetapi demi kebebasan media dan suara rakyat juga."
Protes yang dianjurkan oleh kumpulan Gerakan Media Marah (GERAMM) ini diadakan susulan tindakan Kementerian Dalam negeri (KDN) menggantung hak penerbitan kepada akhbar mingguan The Heat pada 19 Disember tahun lalu.
Tindakan itu dilihat GERAMM sebagai menyekat kebebasan akhbar dan tidak demokratik.
KDN dalam satu kenyataan akhbar memaklumkan penggantungan Akhbar The Heat dibuat adalah disebabkan akhbar berkenaan gagal untuk memaklumkan kepada pihak kementerian mengenai pertukaran pemilik akhbar berkenaan selain tidak menjawab surat tunjuk sebab yang dikemukakan.
Kementerian itu juga memberi jaminan bahawa ia akan turut mempertimbangkan rayuan untuk menarik balik penggantungan akhbar mingguan The Heat.
Topic Berkaitan
#Ambiga
#Bantahan
#Geramm
#Media
#The heat
#tunjuk perasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan