awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GERAMM, NUJM tuntut layanan adil untuk wartawan ditahan

Amirul Aiman
Amirul Aiman
01/03/2025
03:40 MYT
GERAMM, NUJM tuntut layanan adil untuk wartawan ditahan
Kes ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan organisasi media, dengan ramai pihak menuntut ketelusan dan jaminan bahawa kebebasan akhbar tidak akan dikompromi.
KUALA LUMPUR: Gerakan Media Merdeka (GERAMM) dan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) menegaskan bahawa wartawan portal yang sedang disiasat harus diberikan layanan yang adil.
Ia termasuk akses kepada khidmat guaman, selaras dengan prinsip keadilan dan proses undang-undang yang sewajarnya.
GERAMM dalam kenyataan pada Sabtu berkata pihaknya sedang memantau perkembangan kes ini dengan teliti dan kekal komited dalam memperjuangkan kebebasan serta hak para pengamal media.
"Pada masa ini, kami tidak akan mengulas secara terperinci mengenai kes tersebut dan akan menunggu proses siasatan dijalankan sepenuhnya," menurut kenyataan tersebut.
Sementara itu, NUJM mengesahkan bahawa wartawan terbabit, yang juga ahli kesatuan itu, telah direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini selepas ditahan sekitar jam 11.30 malam tadi mengikut Seksyen 16, Akta SPRM.
"Sehubungan itu, NUJM berharap agar sebarang siasatan yang dijalankan oleh SPRM dilakukan secara adil kepada semua pihak dan tidak bertujuan untuk menekan atau menyekat kebebasan media di negara ini," katanya.
Katanya, kes ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan organisasi media, dengan ramai pihak menuntut ketelusan dan jaminan bahawa kebebasan akhbar tidak akan dikompromi dalam proses siasatan yang sedang dijalankan.
Topic Berkaitan
#Geramm
#NUJM
#SPRM
#wartawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan