awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
Kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung berjaya dipadam - Bomba
Taikun media Hong Kong, Jimmy Lai dihukum penjara 20 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Gerobok Prihatin' bantu penduduk terjejas pendapatan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
04/07/2021
00:27 MYT
'Gerobok Prihatin' bantu penduduk terjejas pendapatan
Rosol berkata sebanyak 93 masjid di daerah Hulu Terengganu telah menyediakan Gerobok Prihatin bagi kemudahan penduduk di kawasan berkenaan. - Astro AWANI
HULU TERENGGANU: Pusat Khidmat Parlimen Hulu Terengganu terus mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan 'Gerobok Prihatin' susulan ramai individu yang berdepan tekanan hidup akibat pandemik COVID-19.
Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi membantu penduduk yang terjejas pendapatan untuk mendapatkan barangan makanan asas secara percuma dan setakat ini sejumlah RM139,500 telah dibelanjakan bagi tujuan itu.
Jelasnya menerusi inisiatif itu sebanyak 93 masjid di daerah Hulu Terengganu telah menyediakan Gerobok Prihatin bagi kemudahan penduduk di kawasan berkenaan.
"Di Hulu Terengganu, kita buat Gerobok Prihatin dan saya nampak ianya berjaya.
"Kejayaan tersebut bukan sahaja daripada Yang Berhormat ADUN tetapi ada juga orang berseorangan yang menyumbang.
"Dia tengok beras di masjid berkurangan, dia pergi hantar beras atau gula jadi ini mewujudkan satu budaya memberi yang digalakkan," katanya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata antara barangan keperluan harian disediakan termasuk beras, minyak masak, tepung gandum, mihun, mee segera, gula, kicap, susu dan sardin.
Jelasnya program tersebut telah diwujudkan sejak bulan Ramadan lalu dengan memilih masjid untuk menempatkan barangan keperluan bagi memastikan masyarakat terjejas menerima manfaat tersebut.
Menurut Rosol lagi, program Gerobok Prihatin ini diuruskan oleh jawatankuasa masjid dan sebuah almari disediakan di setiap 93 masjid terbabit bagi menempatkan barangan keperluan harian yang boleh diambil oleh mereka yang memerlukan.
Setakat ini katanya, insiatif itu berjaya mencapai matlamatnya dan membantu meringankan bebanan mereka yang benar-benar terjejas dan terkesan akibat pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Gerobok Prihatin
#tekanan hidup
#keperluan harian
#percuma
#Rosol Wahid
#Hulu Terengganu
#masjid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan