MALAYSIA
Gesaan Malaysia hukum keras Israel, mesej politik tegas berteraskan undang-undang
Perdana Menteri (tengah) ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam di Doha, Qatar pada Isnin mendesak supaya tindakan keras dikenakan terhadap rejim Zionis. - Foto PMO/Izzuddin Abd Radzak
KUALA LUMPUR: Gesaan tegas Malaysia agar kuasa-kuasa dunia mengenakan tindakan dan hukuman keras secara kolektif terhadap Israel merupakan mesej politik yang lantang dan berprinsip serta berteraskan undang-undang antarabangsa.
Ringkasan AI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam di Doha, Qatar pada Isnin mendesak supaya tindakan keras seperti menghentikan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan rejim Zionis itu dilaksanakan secara bersama.
Penganalisis hubungan antarabangsa Profesor Madya Dr Khoo Ying Hooi dari Universiti Malaya berkata pendirian tegas itu meletakkan Malaysia pada posisi moral yang tinggi sambil menekan kuasa besar dengan bahasa akauntabiliti, selari dengan suara Selatan Global.
Beliau berpandangan daripada sudut undang-undang antarabangsa, gesaan Anwar mempunyai asas yang kukuh kerana Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah mengeluarkan beberapa perintah langkah sementara untuk mengikat Israel manakala Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pula telah menjalankan prosiding terhadap individu yang dipercayai terlibat dengan jenayah perang.
"Mekanisme paling berwibawa seperti sekatan di bawah Bab VII Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sering tersekat oleh veto di Majlis Keselamatan.
"Apa yang paling praktikal pada tahap ini adalah menggunakan tindakan yang sah di sisi undang-undang seperti penggantungan hubungan diplomatik, sekatan perdagangan tertentu, embargo senjata dan langkah kerjasama dengan ICC," katanya kepada Bernama.
Mengulas lanjut, Khoo berkata daripada sudut diplomatik, langkah segera dan sah ialah menurunkan atau memutuskan hubungan diplomatik, mengehadkan lawatan rasmi serta menutup ruang udara atau pelabuhan kepada entiti Israel.
Beliau berkata ini akan memberi kesan simbolik yang kuat dan menandakan isolasi antarabangsa.
"Dari segi ekonomi, embargo senjata dan kawalan eksport barangan 'dual-use' adalah langkah paling penting kerana ia berkaitan langsung dengan keupayaan ketenteraan Israel.
"Selain itu, sekatan kewangan yang disasarkan seperti pembekuan aset individu atau syarikat yang terlibat dalam penempatan haram boleh meningkatkan kos politik dan ekonomi kepada pihak terbabit.
"Satu lagi bentuk tindakan ialah perundangan antarabangsa termasuk kerjasama ICC, pendakwaan berasaskan bidang kuasa sejagat oleh negara-negara tertentu serta pemantauan pematuhan perintah ICJ... ini memberi mesej bahawa isu Palestin bukan sekadar politik tetapi juga soal akauntabiliti jenayah perang," katanya.
Beliau berkata gesaan Malaysia juga berpotensi mengubah dinamik Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) jika ia disertakan dengan mekanisme pelaksanaan yang konkrit seperti penubuhan pasukan petugas untuk menyelaras embargo senjata atau menyenaraikan entiti terlibat dalam penempatan haram yang boleh mengangkat badan itu daripada sekadar forum kecaman kepada sebuah blok yang berani bertindak.
Selain itu, Khoo berkata sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berada pada kedudukan yang unik untuk menjambatani suara Asia Tenggara dengan pendirian dunia Islam sekali gus mengangkat isu Palestin ke platform lebih luas.
"Malaysia boleh mengusulkan penubuhan satu Kumpulan Perhubungan ASEAN-OIC khusus mengenai Palestin bagi menyelaraskan kenyataan bersama dan tindakan di Perhimpunan Agung PBB," katanya.
Beliau berkata pengalaman ASEAN dalam pengurusan bencana melalui Pusat penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan dalam Pengurusan Bencana (Pusat AHA) boleh dimanfaat untuk menyokong koridor kemanusiaan ke Gaza manakala OIC menyediakan sokongan kewangan dan politik.
Selain itu, Malaysia boleh menekankan dimensi undang-undang antarabangsa dengan memastikan ASEAN menyuarakan keperluan pematuhan kepada keputusan ICJ serta ICC, seiring gesaan OIC.
Khoo berkata dengan cara ini, peranan Malaysia sebagai jambatan antara Asia Tenggara dan dunia Islam bukan sahaja menyerlahkan kepimpinan Anwar malah memperkukuh kredibiliti ASEAN sebagai blok yang peka terhadap isu kemanusiaan global.
Sementara itu, Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia Profesor Datuk Dr Mohd Faiz Abdullah berkata gesaan Perdana Menteri turut memberi tekanan moral kepada negara yang rapat dengan Amerika Syarikat (AS) untuk menggunakan pengaruh masing-masing dalam usaha menghentikan keganasan Israel.
Beliau berkata Malaysia akan terus dilihat sebagai sebuah negara yang lantang dan berprinsip dalam isu Palestin, meletakkan hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa sebagai asas hujahan.
Mohd Faiz juga berkata daripada segi hubungan dua hala di antara Malaysia dan AS, kita beranggapan bahawa ia akan terus kekal utuh walaupun terdapat perbezaan pendapat dalam perkara tertentu termasuk isu Palestin.
"Perbezaan pendapat ini tidak mengubah hakikat bahawa Malaysia dan AS mempunyai jaringan kerjasama yang kukuh dalam bidang lain seperti perdagangan, pelaburan, pendidikan serta keselamatan maritim.
"Memandangkan Malaysia telah mengemukakan kenyataan ini dalam kerangka undang-undang antarabangsa dan konteks kemanusiaan, ia mengurangkan risiko salah faham bahawa kenyataan ini adalah berbaur anti-AS," katanya.
Beliau juga berkata kelantangan Perdana Menteri dalam memperjuangkan isu Palestin menunjukkan kepimpinan moral yang konsisten dan dilihat boleh membantu mengubah naratif antarabangsa.
Dengan meletakkan Malaysia sebagai suara Selatan Global yang berani, Mohd Faiz berkata Anwar memperkukuh imej negara sebagai pemain normatif yang menekankan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.
Beliau berkata daripada segi implikasi negatif, mungkin terdapat syarikat yang bersekutu dengan Israel atau sekutu rapatnya yang menilai semula pelaburan atau kerjasama dengan Malaysia.
"Bagaimanapun, Malaysia bukan sahaja berurusan dengan syarikat yang bersekutu dengan Israel atau sekutu rapatnya sahaja tetapi mempunyai jaringan kerjasama ekonomi dengan ratusan negara di seluruh dunia merangkumi pasaran utama di Asia, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin.
"Diversifikasi rakan dagang dan pelabur ini memberikan Malaysia ruang yang mencukupi untuk mengimbangi sebarang kesan negatif daripada pihak-pihak tertentu yang mungkin tidak bersetuju dengan pendirian tegas Malaysia berkaitan isu Palestin.
Pada masa sama, Mohd Faiz yakin reputasi Malaysia sebagai negara yang konsisten mempertahankan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia boleh menjadi kelebihan daya saing kerana pelabur yang berkongsi nilai tersebut melihat Malaysia sebagai destinasi yang stabil, berprinsip serta berintegriti.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Malaysia mendesak kuasa dunia mengenakan tindakan keras terhadap Israel, termasuk memutuskan hubungan diplomatik, sekatan perdagangan, dan embargo senjata, seperti disuarakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Sidang Kemuncak Arab-Islam di Doha.
- Penganalisis menegaskan gesaan ini berasaskan undang-undang antarabangsa, selari dengan keputusan ICJ dan ICC, serta mencadangkan langkah praktikal seperti sekatan kewangan, kawalan eksport, dan kerjasama dengan ICC.
- Malaysia dilihat sebagai suara lantang dan berprinsip dalam isu Palestin, berpotensi memimpin inisiatif ASEAN-OIC, sambil mengekalkan hubungan baik dengan AS dan mengukuhkan imej negara sebagai pemain normatif yang menjunjung hak asasi manusia.