Satu memorandum memohon penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan salah guna dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diserahkan Pemuda Gerakan Harapan Baru (GHB) kepada yang DiPertuan Agong pada Selasa.

Memorandum itu antara lain mencadangkan agar dua bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Muhamad dan Tun Saleh Abas, mengetuai siasatan ini.

Sesi penyerahan memorandum ini diketuai oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi GHB yang juga Ahli Parlimen Kulai, Dr Mohd Hatta Ramli sekitar pukul 11 pagi.

Dr Mohd Hatta berkata, langkah itu adalah bagi menyiasat kebenaran di sebalik dakwaan yang dibuat media antarabangsa, Wall Street Journal bertarikh 2 Julai lalu.

Memorandum diserahkan kepada Pegawai Istana, Zainal Din.

GHB adalah merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 16 Jun lalu dan dipengerusikan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.