BAGAN DATUK: GiatMARA Bagan Datuk di sini dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih tenaga dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) tempatan yang akan mendapat kepakaran dari China.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
"Ia telah pun bermula dengan seramai 650 pelajar TVET tempatan sedang mendapat latihan awal di GiatMARA Bagan Datuk dan telah dihantar ke China.
"Tajaan ke atas pelajar TVET ini adalah tajaan penuh organisasi China dan pelajar hanya perlu membiayai kos tiket sahaja, itupun kita telah dapatkan tajaan untuk mereka," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bagan Datuk di sini pada Jumaat.
Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata bagi melicinkan perjalanan GiatMARA Bagan Datuk sebagai MCI, proses naik taraf kemudahan dan infrastruktur akan dilaksanakan termasuk membesarkan kawasan kampus tersebut dalam masa terdekat.
Pada Januari lepas dilaporkan sebanyak 17 institusi TVET di China bersetuju dan bersedia untuk bersama dalam penubuhan MCI.
Komitmen yang dizahirkan oleh institusi TVET China terhadap penubuhan MCI itu adalah dengan menawarkan 2,000 kuota latihan sepanjang tahun ini bagi meningkatkan kemahiran kepada pelajar TVET Malaysia.
Peluang latihan yang diberikan itu meliputi pelbagai bidang termasuk berkaitan kenderaan elektrik (EV), kecerdasan buatan (AI), teknologi Internet Pelbagai Benda (IoT), solar, teknologi maklumat dan pemesinan.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata sebagai permulaan sebuah organisasi dari China akan menaja 2,000 pelajar tempatan dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, kereta hidrogen dan telekomunikasi.
Menurutnya ia juga sebagai terjemahan jalinan kerjasama antara Malaysia-China dan penambahan pelaburan dari negara berkenaan ke Malaysia.
"Sehubungan itu China amat perlukan pekerja mahir dari negara kita dalam bidang berkaitan," katanya sambil menambah pelajar yang dipilih daripada pelbagai latar belakang dan kaum termasuk Sabah dan Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024

Ahmad Zahid beramah mesra bersama Saarani ketika hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bagan Datuk. - Foto BERNAMA

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.