awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GISB: CPS gesa tindakan segera diambil susulan serbuan ke atas rumah amal

Bernama
Bernama
14/09/2024
21:30 MYT
GISB: CPS gesa tindakan segera diambil susulan serbuan ke atas rumah amal
Keadaan lengang dan sepi di sekitar Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Seremban 2. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Perlindungan Kanak-Kanak (CPS) telah menggesa agar tindakan pantas diambil untuk menyelamatkan kanak-kanak yang terlibat dalam serbuan Op Global ke atas rumah amal baru-baru ini yang dikaitkan dengan GISB Holdings.
Pengasas merangkap Presiden CPS Datuk Seri Nazir Ariff juga berkata pesalah perlu dihukum dan pembaharuan menyeluruh membabitkan sistem pemantauan ke atas rumah amal harus dilakukan.
Beliau berkata pihak yang bertanggungjawab bagi perbuatan keji itu hendaklah diheret ke muka pengadilan dengan segera dan tanpa sebarang pengecualian.
"Selama lebih 30 tahun, CPS telah berusaha memberikan kasih-sayang, penjagaan dan persekitaran yang selamat kepada kanak-kanak terabai serta ditinggalkan namun kejelikan bentuk penderaan yang didedahkan dalam serbuan baru-baru ini benar-benar mengejutkan saya," menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu.
Nazir berkata terdapat keperluan untuk mewujudkan satu sistem yang mantap bagi memastikan insiden keji seperti itu tidak terus disembunyikan sehingga menyebabkan kanak-kanak menderita dalam diam.
Rabu lepas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyerbu 20 rumah amal di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan yang membawa kepada penahanan 66 lelaki dan 105 wanita berusia lingkungan 17 hingga 64 tahun.
Susulan serbuan itu, 402 kanak-kanak iaitu 201 lelaki dan 201 perempuan berusia lingkungan setahun hingga 17 tahun telah berjaya diselamatkan.
Berdasarkan maklumat risikan, mangsa diajar untuk meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.
Mangsa yang tidak sihat juga tidak dibenarkan mendapatkan rawatan di klinik hingga keadaan kritikal, selain suspek menggunakan objek panas bagi mencederakan mangsa sebagai tanda menghukum atas kesilapan dilakukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pertubuhan Perlindungan Kanak-Kanak
#CPS
#gesa tindakan segera
#GISB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan