MALAYSIA
GISB: Pihak pembelaan tegaskan tiada unsur penyelewangan kewangan
Menurut Rosli, yang mewakili kesemua tertuduh, kesemua mereka telah ditahan sejak September 2024 dan bagi tertuduh lelaki, mereka tidak dibenarkan jaminan kerana kes membabitkan elemen keselamatan di bawah SOSMA. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pihak pembelaan hari ini mengemukakan beberapa alasan mitigasi (alasan atau faktor yang boleh mengurangkan hukuman) di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan bagi meringankan hukuman ke atas Ketua Pegawai Eksekutif, Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd, Nasiruddin Mohd Ali, serta beberapa tertuduh lain yang terlibat dalam kes berkaitan pertubuhan berkenaan.
Menurut hujahan pembelaan peguam, Datuk Rosli Kamaruddin yang mewakili kesemua tertuduh, kesemua mereka telah ditahan sejak September 2024 dan bagi tertuduh lelaki, mereka tidak dibenarkan jaminan kerana kes membabitkan elemen keselamatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
“Situasi yang pada awalnya mencetuskan kebimbangan awam telah pun reda. Tertuduh-tertuduh telah melalui tempoh tahanan yang panjang dan ini sewajarnya dipertimbangkan sebagai faktor mitigasi.
“Tiada sebarang kesalahan percukaian dikesan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), selain tiada penemuan wang atau aset yang dikatakan disalahgunakan atau didepositkan ke akaun-akaun tertuduh. Siasatan terhadap operasi perniagaan GISB di luar negara juga tidak menunjukkan unsur penyelewengan kewangan.
“Tiada dana, tiada aset serta tiada transaksi mencurigakan yang mengaitkan tertuduh dengan sebarang penyelewengan kewangan,” katanya, ketika dihubungi Astro AWANI, pada Jumaat.
Selain itu, pembelaan berkata bahawa Nasiruddin dan tertuduh lain telah memberi kerjasama aktif kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Agama Negeri serta JAKIM dalam membantu bekas ahli GISB mengikuti program pemulihan akidah dan pemantauan yang disediakan kerajaan.
Peguam turut menegaskan bahawa tertuduh bukan kumpulan ekstremis atau pengganas dan tidak pernah membangunkan dasar atau budaya cult yang menjurus kepada keganasan.
“Mereka tidak pernah mengamalkan atau mengajar fahaman yang bersifat ekstrem. Jika berlaku sebarang kes terpencil, ia bukan dasar atau arahan pertubuhan,” katanya.
Dari aspek ekonomi, penutupan premis perniagaan GISBH selama tempoh siasatan didakwa menyebabkan kerugian antara RM300,000 hingga RM350,000 sehari, selain menjejaskan pendapatan ahli-ahli yang bekerja di bawah rangkaian tersebut.
Kesemua tertuduh juga dilaporkan tiada rekod kesalahan lampau, memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan dan telah mengaku bersalah bagi pertuduhan pilihan, sekali gus menjimatkan masa mahkamah dan mengelakkan perbicaraan panjang yang dijangka mengambil masa sehingga tiga hingga lima tahun.

#GISB Holdings
#Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas 2012 SOSMA
#Nasiruddin Mohd Ali
#Rosli Kamaruddin