IPOH:Kerajaan Negeri Perak telah mengarahkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) dan badan-badan berkanun di negeri itu untuk memastikan tiada tanah-tanah yang terbiar.
Oleh itu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, cadangan untuk menyewa tanah di bawah kerajaan atau GLC oleh golongan yang terjejas pendapatannya adalah amat dialu-alukan.
Menurutnya, ia juga selaras dengan titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah supaya negeri ini menjadi antara penyumbang utama kepada sekuriti makanan negara.
“Ini sekali gus membuka peluang kepada mereka yang kehilangan pekerjaan akibat penularan pandemik COVID-19 untuk menjana pendapatan dalam bidang pertanian,” katanya ketika menjawab soalan Leong Cheok Keng (DAP-Malim Nawar) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Terdahulu, Leong bertanya adakah kerajaan negeri sedia menimbangkan cadangan petani-petani di kawasannya untuk menyewa tanah-tanah tersebut bagi tujuan pertanian sehingga agensi berkenaan memerlukan tanah tersebut untuk kegunaan kerajaan.
Ahmad Faizal berkata, Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Perak (LPHP), Perbadanan Menteri Besar dan lain-lain GLC negeri terbuka kepada cadangan sekiranya tapak yang dipohon masih belum mempunyai apa-apa komitmen atau belum sesuai untuk diusahakan.
Menurutnya, para petani atau individu yang berminat boleh mengemukakan permohonan bertulis kepada GLC yang berkaitan.
“Pihak kerajaan melalui jabatan dan agensi komited untuk menjayakan agenda ini.
“Kita bukan sahaja bersedia untuk membantu dari aspek penyewaan tanah, tetapi juga menawarkan khidmat nasihat teknikal, peluang pasaran dan kursus-kursus yang releven bagi melahirkan lebih ramai usahawan tani yang berjaya di negeri ini,” ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Oct 27 2020
Ahmad Faizal menjawab soalan lisan pada Mesyuarat Kedua Tahun Ketiga Persidangan DUN Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, hari ini. --fotoBERNAMA
Pengering rambut antara punca uban di usia muda
Kekurangan vitamin B12 dan zat besi, stres, vitiligo, dan merokok turut menjadi punca rambut beruban.
Agong, Permaisuri berangkat ke Brunei untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 9.30 pagi.
Gempa bumi kuat landa Luar Pantai Costa Rica
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
FAA lulus kembali penerbangan SpaceX Falcon 9
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) meluluskan semula penerbangan kenderaan pelancaran SpaceX Falcon 9 setelah menyemak dan menerima hasil siasatan yang diketuai oleh SpaceX.
Pakistan, Saudi bincang situasi di Palestin dan Lubnan
Kedua-dua menteri turut mengkaji hubungan dua hala serta membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa.
Tiada trak bantuan makanan masuk ke utara Gaza sejak Oktober -WFP
Tiada satu pun bantuan makanan memasuki utara Gaza sejak awal Oktober, meletakkan lebih sejuta penduduk dalam risiko kebulurun, lapor Program Makanan Sedunia (WFP).
'Deepavali Pop Up Market' buka ruang bantu peniaga IKS
'Deepavali Pop Up Market' diadakan selama dua hari sehingga Ahad, dari jam 10 pagi hingga 6.30 petang dengan menawarkan pelbagai produk yang dihasilkan daripada perusahaan kecil dan sederhana.
Aveena Devi lakar kisah hidup sendiri melalui seni lukis
Walaupun dilahirkan sebagai orang kurang upaya, K. Aveena Devi tidak berputus asa untuk melakar kisah hidupnya sendiri dalam bidang seni lukis.
Ahli politik veteran India ditembak mati di Mumbai
Tiga penyerang melepaskan tembakan terhadap bekas menteri negeri Maharashtra itu yang lebih dikenali sebagai Baba Siddique.
Tragedi UiTM Dungun: Reman pemandu Honda CRV dilanjutkan hingga Selasa
Majistret membenarkan lanjutan berkenaan sehingga Selasa, selepas tempoh reman terhadap suspek itu berakhir hari ini.
Inflasi AS jejas kos penjagaan anak, sewa, insurans - WSJ
Inflasi di Amerika Syarikat semakin perlahan tetapi harga bagi banyak perkara sukar dielakkan masih mencatatkan peningkatan yang membebankan.
Pelajar antarabangsa tingkatkan permintaan dalam pasaran kediaman - Juwai IQI
Pelajar antarabangsa meningkatkan permintaan untuk hartanah sewa di bandar yang mempunyai institusi pendidikan yang besar terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Rumah majlis hanya untuk disewa - Datuk Bandar KL
Rumah Majlis atau Council Home yang dibina atas inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak boleh dijual beli sebaliknya hanya dibenarkan untuk sewaan.
Premis perniagaan milik kerajaan perlu turunkan 10 hingga 20 peratus kadar sewa - Annuar Musa
Semua premis perniagaan di bawah bidang kuasa kementerian dan agensi kerajaan perlu menurunkan kadar sewa antara 10 hingga 20 peratus bermula bulan depan.
Lelaki nafi pecah amanah sewaan premis milik Persekutuan Pengakap
tertuduh didakwa menyalahgunakan harta milik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka iaitu bayaran sewaan tiga premis sebanyak RM63,400.
Cadang sewa rumah swasta atasi kekurangan kuarters PDRM
Penyewaan rumah dari pihak swasta dilihat sebagai jalan terbaik bagi mengatasi masalah berkenaan.
Jualan runcit dan sewa dijangka pulih perlahan-lahan : CGS-CIMB
Risiko penurunan masih ada dan pendapatan yang lemah menjadi antara faktor yang mengheret CapitaLand.
MAIPs kurangkan kadar sewa premis
Peruntukan kewangan di bawah Pakej Inisiatif MAIPs Menangani Wabak COVID-19 bagi 2021 kini berjumlah RM8,363,078.
Harga rumah dijangka meningkat 3.0 hingga 12 peratus pada 2022-2023
Harga rumah di Malaysia dijangka meningkat tiga peratus dalam jangka 12 bulan akan datang dan terus melonjak 12 peratus bagi tempoh 12 bulan berikutnya, didorong unjuran yang lebih baik.
Kerajaan digesa gerakkan semua sumber awam, swasta percepat program vaksin - ACCCIM
Lebih banyak sumber perlu disediakan selain melaksanakans vaksin secara lebih giat agar vaksinasi dilakukan secara berkesan.