MALAYSIA
GLC gagal catat keuntungan, tiada prospek pulih akan ditutup - Hajiji
Hajiji (foto) berkata GLC dan badan berkanun yang terlibat akan dinilai oleh Jawatankuasa Perunding dan Pengawasan Badan Berkanun Negeri dan Syarikat Kerajaan Negeri (JPP-KKNS) untuk tindakan selanjutnya. -Foto fail/Bernama
KOTA KINABALU: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun Sabah yang gagal mencatat keuntungan selama lima tahun berturut-turut akan berdepan kemungkinan ditutup sekiranya tidak menunjukkan sebarang prospek untuk pulih, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau berkata GLC dan badan berkanun yang terlibat akan dinilai oleh Jawatankuasa Perunding dan Pengawasan Badan Berkanun Negeri dan Syarikat Kerajaan Negeri (JPP-KKNS) untuk tindakan selanjutnya.
"Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan arahan penutupan sekiranyaGLC berkenaan tidak menunjukkan sebarang prospek untuk pulih," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada majlis penyampaian dividen dan sumbangan GLC serta badan berkanun di Menara Kinabalu, di sini hari ini.
Menurut Hajiji, setiap badan berkanun dan GLC bertanggungjawab mematuhi kadar pembayaran dividen minimum sedia ada iaitu 10 peratus daripada keuntungan selepas cukai.
"Ini merupakan ketetapan yang telah lama digariskan dan saya menjangkakan semua GLCmenunjukkan disiplin kewangan serta komitmen penuh dalam memenuhi kewajipan ini.
"Selain itu, bermula tahun hadapan, saya juga mahu melihat peningkatan tahap sumbangan tahunan daripada GLC, antara sekitar RM2 juta hingga RM10 juta, bergantung kepada keupayaan dan prestasi syarikat," katanya.
Beliau menegaskan bermula tahun hadapan juga, semua ketua pegawai eksekutif, pengurus besar kumpulan dan pengurus besar GLC serta badan berkanun diwajibkan mengemukakan laporan prestasi bertulis suku tahunan terus kepadanya.
"Laporan tersebut mesti merangkumi kemajuan projek, status kewangan, pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) serta tahap kecekapan operasi.
"Mana-mana pihak yang gagal mengemukakan laporan, tidak mencapai KPI atau menunjukkan prestasi tidak memuaskan akan disemak kedudukannya, termasuk kemungkinan diganti atau ditamatkan perkhidmatan," katanya.
Berdasarkan laporan semasa, katanya, prestasi keseluruhan GLC masih berada pada tahapsederhana, dengan jumlah dividen dan sumbangan yang dibayar kepada Kerajaan Negeri berjumlah RM125.3 juta berbanding jumlah tertinggi yang direkodkan pada 2022 iaitu RM156.31 juta.
"Walaupun angka ini menunjukkan sumbangan masih positif, saya percaya potensi sebenaragensi milik kerajaan adalah jauh lebih besar daripada apa yang telah dicapai setakat ini.
"Untuk maju ke hadapan, kita mahu meningkatkan prestasi GLC selaras dengan matlamatSabah Maju Jaya 2.0. Objektif utama kita adalah menjadikan GLC sebagai pemangkin ekonomi yang cekap dan dipercayai menerusi pengurusan yang berwibawa bagi menjana pendapatan dan nilai yang lebih tinggi untuk rakyat dan negeri," kata beliau.
Pada majlis itu, Hajiji menerima replika cek daripada pelbagai GLC dan badan berkanun negeri berjumlah RM131.6 juta dengan SMJ Energy Sdn Bhd pembayar dividen terbesar bernilai RM50 juta dan RM1 juta sumbangan untuk Jawatankuasa Bencana Alam Negeri.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- GLC dan badan berkanun Sabah yang gagal mencatat keuntungan selama lima tahun berturut-turut berisiko untuk ditutup jika tidak menunjukkan prospek pemulihan, menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
- Setiap GLC dan badan berkanun dikehendaki mematuhi kadar pembayaran dividen minimum sebanyak 10 peratus daripada keuntungan selepas cukai serta meningkatkan sumbangan tahunan dari RM2 juta hingga RM10 juta bermula tahun hadapan.
- Ketua pegawai eksekutif, pengurus besar kumpulan, dan pengurus besar GLC serta badan berkanun diwajibkan mengemukakan laporan prestasi suku tahunan secara bertulis kepada Ketua Menteri, dengan tindakan disemak dan mungkin diganti jika tidak memenuhi KPI atau menunjukkan prestasi yang tidak memuaskan.
Beliau berkata GLC dan badan berkanun yang terlibat akan dinilai oleh Jawatankuasa Perunding dan Pengawasan Badan Berkanun Negeri dan Syarikat Kerajaan Negeri (JPP-KKNS) untuk tindakan selanjutnya.
"Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan arahan penutupan sekiranyaGLC berkenaan tidak menunjukkan sebarang prospek untuk pulih," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada majlis penyampaian dividen dan sumbangan GLC serta badan berkanun di Menara Kinabalu, di sini hari ini.
Menurut Hajiji, setiap badan berkanun dan GLC bertanggungjawab mematuhi kadar pembayaran dividen minimum sedia ada iaitu 10 peratus daripada keuntungan selepas cukai.
"Ini merupakan ketetapan yang telah lama digariskan dan saya menjangkakan semua GLCmenunjukkan disiplin kewangan serta komitmen penuh dalam memenuhi kewajipan ini.
"Selain itu, bermula tahun hadapan, saya juga mahu melihat peningkatan tahap sumbangan tahunan daripada GLC, antara sekitar RM2 juta hingga RM10 juta, bergantung kepada keupayaan dan prestasi syarikat," katanya.
Beliau menegaskan bermula tahun hadapan juga, semua ketua pegawai eksekutif, pengurus besar kumpulan dan pengurus besar GLC serta badan berkanun diwajibkan mengemukakan laporan prestasi bertulis suku tahunan terus kepadanya.
"Laporan tersebut mesti merangkumi kemajuan projek, status kewangan, pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) serta tahap kecekapan operasi.
"Mana-mana pihak yang gagal mengemukakan laporan, tidak mencapai KPI atau menunjukkan prestasi tidak memuaskan akan disemak kedudukannya, termasuk kemungkinan diganti atau ditamatkan perkhidmatan," katanya.
Berdasarkan laporan semasa, katanya, prestasi keseluruhan GLC masih berada pada tahapsederhana, dengan jumlah dividen dan sumbangan yang dibayar kepada Kerajaan Negeri berjumlah RM125.3 juta berbanding jumlah tertinggi yang direkodkan pada 2022 iaitu RM156.31 juta.
"Walaupun angka ini menunjukkan sumbangan masih positif, saya percaya potensi sebenaragensi milik kerajaan adalah jauh lebih besar daripada apa yang telah dicapai setakat ini.
"Untuk maju ke hadapan, kita mahu meningkatkan prestasi GLC selaras dengan matlamatSabah Maju Jaya 2.0. Objektif utama kita adalah menjadikan GLC sebagai pemangkin ekonomi yang cekap dan dipercayai menerusi pengurusan yang berwibawa bagi menjana pendapatan dan nilai yang lebih tinggi untuk rakyat dan negeri," kata beliau.
Pada majlis itu, Hajiji menerima replika cek daripada pelbagai GLC dan badan berkanun negeri berjumlah RM131.6 juta dengan SMJ Energy Sdn Bhd pembayar dividen terbesar bernilai RM50 juta dan RM1 juta sumbangan untuk Jawatankuasa Bencana Alam Negeri.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tindakan yang mungkin diambil terhadap GLC dan badan berkanun Sabah yang gagal mencatat keuntungan selama lima tahun berturut-turut?
A: GLC dan badan berkanun Sabah yang gagal mencatat keuntungan selama lima tahun berturut-turut mungkin akan ditutup sekiranya tidak menunjukkan sebarang prospek untuk pulih, menurut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. - Q: Apakah yang dimaksudkan dengan ketetapan dividen minimum yang perlu dipatuhi oleh setiap badan berkanun dan GLC?
A: Setiap badan berkanun dan GLC perlu mematuhi kadar pembayaran dividen minimum iaitu 10 peratus daripada keuntungan selepas cukai. - Q: Apakah tindakan yang perlu diambil oleh ketua pegawai eksekutif, pengurus besar kumpulan, dan pengurus besar GLC serta badan berkanun bermula tahun hadapan?
A: Mereka diwajibkan mengemukakan laporan prestasi bertulis suku tahunan kepada Ketua Menteri, merangkumi kemajuan projek, status kewangan, pencapaian KPI, dan tahap kecekapan operasi. - Q: Berapakah jumlah dividen dan sumbangan yang dibayar kepada Kerajaan Negeri oleh GLC pada laporan semasa?
A: Pada laporan semasa, jumlah dividen dan sumbangan yang dibayar kepada Kerajaan Negeri oleh GLC ialah RM125.3 juta. - Q: Apakah objektif utama dalam usaha meningkatkan prestasi GLC selaras dengan matlamat Sabah Maju Jaya 2.0?
A: Objektif utama adalah menjadikan GLC sebagai pemangkin ekonomi yang cekap dan dipercayai menerusi pengurusan yang berwibawa bagi menjana pendapatan dan nilai yang lebih tinggi untuk rakyat dan negeri, menurut Ketua Menteri Hajiji Noor.
#GLC
#Hajiji Noor
#gagal catat keuntungan
#badan berkanun Sabah
#berisiko untuk ditutup
#prospek pemulihan