PUTRAJAYA:Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) perlu memberikan sumbangan lebih besar dan membantu negara bagi mengharungi cabaran ekonomi semasa.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beliau tidak menafikan sumbangan besar syarikat berkenaan namun mengakui kerajaan memerlukan sokongan lebih besar.
“Kerajaan memerlukan sokongan daripada sektor swasta serta GLC dan GLIC. Saya rasa pemimpin GLC dan GLIC kena buat perubahan minda pada ketika ini kerana berlaku tekanan kepada ekonomi dan rakyat berada dalam kesusahan.
“Kerajaan akan lakukan apa yang boleh tetapi GLC dan GLIC juga perlu bantu untuk menghidupkan semula ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan sebagainya. Saya yakin usaha ini akan banyak membantu negara,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Menurut Tengku Zafrul, beliau kini sudah memulakan rundingan dengan GLC dan GLIC baru-baru ini.
“Saya sudah mula berunding dengan GLC dan GLIC beberapa minggu lepas dan sekarang adalah masa untuk mereka memimpin dan menunjukkan bahawa Indeks Prestasi Utama (KPI) GLC dan GLIC bukan sahaja untuk mencatatkan keuntungan semata-mata.
“Buat masa ini kita masih dalam peringkat perbincangan untuk mengetahui bagaimana mereka boleh membantu ekonomi dan rakyat kita. Saya rasa ini penting tetapi ia masih dalam perbincangan,” ujar beliau.
Sementara itu, beliau menegaskan enggan melihat GLC dan GLIC memperlahankan pelaburan apabila melihat keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.
“Ini tidak boleh berlaku kerana kerajaan sendiri meningkatkan perbelanjaan pembangunan kerana kita mahu kesannya kepada ekonomi.
“GLC perlu membelanjakan lebih banyak perbelanjaan modal atau melabur dalam projek-projek pembinaan misalnya.
“Ia akan memberikan kesan limpahan ekonomi yang tinggi dan besar. Jangan tangguhkan, saya mahu pastikan mereka mewujudkan peluang pekerjaan dan ekonomi,” katanya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas gaji ketua pegawai eksekutif GLC dan GLIC yang terlalu tinggi, ini jawapan beliau:
“Kerajaan tidak akan campur tangan mengenai perkara itu tetapi hanya akan memberikan saranan kepada mereka. Untuk berlaku adil, saya perlu menyatakan ada GLC yang sudah melakukan pemotongan gaji.
“Saya juga tahu ada sesetengah syarikat lain pun buat tetapi mereka tidak buat pengumuman rasmi kerana takut orang tahu mengenai gaji.
“Sektor minyak dan gas juga kena (potong gaji). Saya berharap dari segi pentadbiran, lembaga pengarah yang membuat keputusan, kerajaan tidak boleh kacau. Lembaga pengarah perlu bertindak dengan sewajarnya,” katanya.
Astro Awani
Sun Nov 01 2020

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beliau tidak menafikan sumbangan besar syarikat berkenaan namun mengakui kerajaan memerlukan sokongan lebih besar. - Gambar fail

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Kerajaan adakan jerayawara dapatkan maklum balas RUU Pembiayaan Politik - Azalina
Kerajaan akan mengadakan jerayawara ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas mengenai cadangan Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik.

Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan di negara ini pada tahun lalu membuatkan setiap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.

KEB setahun: Pemetaan kluster, 3P pemacu agenda perkasa bumiputera - Pakar
Agenda pemerkasaan bumiputera perlu berteraskan tumpuan terhadap aspek pemetaan kluster dan penguasaan sektor strategik bagi memastikan kehadiran golongan itu di setiap peringkat.

PM Anwar gesa GLIC, GLC perkasa pembangunan ekonomi Bumiputera
Perdana Menteri hari ini memberi penegasan serta cabaran untuk ketua GLIC dan GLC memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan bernas bagi memperkasa pembangunan ekonomi bumiputera.

GLC, swasta diseru laksana CSR bantu mangsa banjir
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta diseru bersama agensi kerajaan untuk turun padang membantu mangsa terjejas banjir.

UTM tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan selepas terus mencatatkan kadar kebolehpasaran 100 peratus.

Galakan pendapatan pelaburan asing dibawa balik tidak libat jual aset di luar negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata justeru itu syarikat GLC dan GLIC akan terus dapat mengekalkan strategi pelaburan mereka di luar negara.

Isu FashionValet: Speaker Dewan Rakyat rasa 'tidak masuk akal'
Isu pelaburan yang merekodkan kerugian melibatkan FashionValet antara topik dibangkitkan di Dewan Rakyat pada Isnin.

PM arah Khazanah laksana audit dalaman kerugian pelaburan RM43.9 juta
Arahan ini selaras pengumuman agar Jabatan Audit Negara mengaudit 2,000 GLC bagi meningkatkan tadbir urus dan memastikan syarikat memenuhi tanggungjawab.

Ketua Audit Negara diberi kuasa audit akaun 1,856 badan lain, GLC
Jabatan Audit Negara sedang membangunkan garis panduan untuk pelaksanaan pengauditan syarikat GLC.